Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Saturday, June 19, 2010

semoga terhibur...untuk student kemahiran menulis'10

hadiah terakhir diriku untuk kalian semua...walaupun simple,,tapi bagiku amat bermakna mengenali diri kalian semua

hargai detik indah ini bersama insan yang tersayang.....(kawan...sahabat....teman istimewa...pensyarah..serta secara langsung atau tidak langsung)

final exam semakin menghampiri diri kita...

assalamualaikum wbt...salam satu malaysia..
macam mana persiapan kalian dengan exam yang bakal tiba??adakah anda telah bersedia??owh.,,tidak.,sesungguhnya,,diriku belum bersedia lagi...huhu...gementar semua ada...ya'allah beri la aku kekuatan untuk menempuhinya...

tidak lupa juga terima kasih buat group supernova...(molamola)..hehe..memberikan jawapan yang telah saya utarakan sebagai wakil group uncang emas...then,,nantikan soalan yang seterusnya sebelum anda semua menghampiri dewan pepriksaan..sesungguhnya.,persediaan itu amat penting dalam menentukan sesuatu perkara yang kita lakukan...

p/s : rajin-rajin la tengok blog kawan-kawan anda masing-masing..kongsi ilmu,,idea,,pendapat,,cadangan dan sebagainya...jutaan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...

uji minda anda.....

1. senaraikan perkara yg menjadi isu dalam penulisan?
2. 4aspek dlm kehidupan umat islam yg memerlukan penulisan?
3. apakah bentuk penulisan yg di anggap berkesan trhdp khalayak ramai?
4. 3 sebab mengapa email lbih menjadi pilihan berbanding kiriman pos biasa?
5. sebutkan sarjana islam dalam karya berikut..
i. al-qanun fi al-Tib :
ii. madinah al-fadhilah :
iii. al-musiqa:
iv. al-mukadimah:

ok la,,selamat mencuba...
by: cahaya petunjuk

assingment yang sudah diedit

Cover Depan n Isi Kandungan




u2 group

KliNiK SAHABAT...


Assalamualaikum,,, apa khabar sahabat-sahabat sekalian??sihat x hari ini??erm,,harap sihat-sihat selalu....erm,,, selalu kita dengar klinik ini hanya untuk orang yang sakit sahaja kan??

jiwa, naluri, hati dan perasaan sama-sama hadir dalam diri insan yang bergelar sahabat...
jom kita lihat apakah klinik-klinik yang terdapat dalam diri sahabat kita..adakah kita berada pada situasi ini??fikir-fikirkanla...

1. Tidak tepati janji : janji jarang dikotakan.
2. kaki pinjam: Gemar pinjam dan merintih,,tapi sukar untuk memulangkan apa yang dia telah pinjam.
3. khianat: sanggup lukakan hati kamu tanpa berfikir panjang.
4. sukakan risiko: adakala risiko yg diambil mampu merosakkan diri anda sendiri
5. pentingkan diri sendiri: xpernah dengar masalah sahabat anda,sebaliknya hanya anda sahaja yg perlu bantu dan dgr rintihan diri dia.
6. perampas: xkira walau apa jua kepunyaan anda, pasti akn cuba dimilikinya.
7. penyedih: sentiasa berfikiran negatif dan mudah berduka.terjebak dlm mainan emosi.
8. ambil kesempatan: sentiasa memiliki keinginan utk memiliki sesuatu.

dan banyak lagi la klinik -klinik ini..yuhuhu.....

moral : tidak usah ragu-ragu untuk kamu ucapkan SELAMAT TINGGAL kepadanya,,,hehe

sumber: novel aku,dia dan kamu.....karya dari buku prima
by: cahaya petunjuk

kenangan aku bersama rakan-rakan seperjuanganku di bumi UKM bangi...



suka duka kita kongsi bersama....(pendidikan Islam/bahasa arab : sesi 2008/2009)

KUNCI PENTING FRIENDS FOREVER...

1. Bersikap terbuka oleh kamu dan sahabat kamu.
2. Layani sahabat kamu seperti mana kamu dilayani olehnya.
3. Sedar akan hakikat tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini.
4. layan sahabat kamu seperti kamu sedang menggenggam pasir di tangan.
5. komunikasi sangat penting dalam sesebuah ikatan persahabatan.
6. hargai pendapat antara satu sama lain.
7. kamu dan sahabat perlu seiring dan sejalan agar masing-masing dapat bina hubungan yang lebih sihat.
8. jangan biarkan persahabatan retak disebabkan kehadiran seorang kekasih.

by: cahaya petunjuk

Friday, June 18, 2010

Uji Minda pada diri kita...JoM....



1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


jadi : apakah pengajaran yang boleh kita buat di sini??sama-sama la kita saling ingat mengingati antara satu sama lain....Insya'Allah :) hanya Allah saja lah , yang menjadi Milik kita di dunia dan akhirat ..yang kekal abadi sepanjang masa....

by: cahaya petunjuk

Kerangka tugasan individu " konsep akhlak menurut perspektif Islam"

ISI KANDUNGAN
1.0 pengenalan
2.0 tujuan kajian
3.0 skop kajian
4.0 kaedah kajian
5.0 Hasil kajian

5.1 Pendahulan
5.2 Dapatan Kajian daripada Resensi Perpustakaan
5.2.1 Definisi akhlak
5.2.2 Sumber Pembentukan Akhlak
5.2.2.1 Al-Quran
5.2.2.2 Hadith

5.2.3 Ciri – Ciri AkhlakIslam
5.2.4 Cara Mencapai Akhlak Yang Baik
5.2.5 Kelebihan Akhlak Menurut Perspektif Islam
5.2.6 Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Dan Cara Mengatasi

6.0 CADANGAN
6.1 Pemantapan Akhlak dalam keimanan 14
6.2 Akhlak sebagai satu pendekatan pendidikan
dalam menegakkan syiar Islam
6.3 Mendisiplinkan ilmu dengan akhlak yang mulia
6.4 Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak
6.5 Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidikan Berkualiti

7.0 RUMUSAN KAJIAN
8.0 PENUTUP
9.0 RUJUKAN

LAMPIRAN


by: saufiyah huda (cahaya petunjuk)
18Jun2010

TuGaSaN iNdIvIdU...KaEdAH PeNjGaAn KeSiHaTaN mEnUrUt IsLaM...

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian, serta kaedah penjagaan kesdihatan menurut Islam. Peyelidik juga akan mengemukakan cadangan untuk memberi kesedaran kepada pembaca.
Menurut Nor Atiqah Ghazali (2003), menyatakan bahawa Islam menitikberatkan tentang kesihatan. Manusia yang mempunyai kesihatan yang baik, akan memudahkannya untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Disamping itu juga, manusia yang mempunyai kesihatan yang baik akan dapat menjaga imej dan ketrampilan dirinya. Selain itu, orang yang tidak mempunyai kesihatan yang baik wajahnya akan kelihatan suram dan tidak ceria. Berwajah suram dan tidak ceria akan mengakibatkan seseorang itu kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.
Diantara kesihatan yang baik ialah berpunca dari kebersihan diri, menjauhkan diri daripada gejala tidak sihat seperti budaya melepak, merokok, menghisap dadah dan sebagainya.
Kesihatan yang baik juga adalah anugerah dari Allah S.W.T dan merupakan nikmat dari Allah S.W.T. Orang yang memiliki kesihatan yang baik perlulah bersyukur kepada Allah S.W.T. Dan Allah S.W.T sendiri telah menuntut dan mengajar manusia agar menjaga kesihtannya. Begitu juga Rasulullah SAW, baginda juga sering mengingatkan kita agar menjaga kesihatan. Orang yang menjaga kesihatan akan mendapat pahala dari Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Makan dan minumlah dari yang baik-baik, tapi jangan melampui batas”.(Al-A’raf:31)

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui langkah-langkah penjagaan kesihatan menurut Islam. Antara bentuk kajian yang akan dikaji ialah definisi bagi tajuk ini, kaedah penjagaan kesihatan, punca-punca terjadinya penyakit, larangan-larangan dalam pemakanan, serta pencegahan penyakit terhadap kesihatan. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat supaya menjaga kesihatan diri mereka dengan baik dan sempurna.

3.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini telah menerangkan tentang kaedah-kaedah penjagaan kesihatan menurut Islam. Skop kajian ini tertumpu kepada pihak pembaca untuk membaca setiap hasil karya yang dihasilkan oleh penulis.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat antaranya ialah melalui resensi dari perpustakaan. Bahan-bahannya terdiri daripada buku, artikel, jurnal dan majalah.

5.0 HASIL KAJIAN
5.1 Pendahuluan

Tujuan manusia dihidupkan oleh Allah S.W.T adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya serta melakukan segala perintah yang telah ditetapkan di dalam ajaran agama Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hidup di dunia ini adalah tanam-tanaman( untuk dipetik hasilnya di) akhirat).

Oleh itu, badan dan fizikal yang sihat amat penting bagi setiap orang Muslim dalam melaksanakan segala kewajipan yang diperintahkan oleh-Nya. Badan yang sihat juga akan dapat membina kecerdasan akal yang sangat penting untuk berfikir secara relevan dan merancang demi masa depan agama Islam.

5.2 Dapatan kajian daripada resensi kepepustakaan
5.2.1 Definisi Kesihatan

Menurut Zulekha Yusoff (2006), menyatakan bahawa penjagaan kesihatan merupakan sebahagian daripada tujuan syariat. Pelaksanaan syariat Islam bertujuan menjaga agama, nyawa atau jiwa, harta, akal, dan keturunan. Menjaga kebersihan dan kesuciaan juga merupakan perkara asas dalam penjagaan kesihatan dan separuh daripada keimanan seseorang itu.
Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang mendapat tempat utama dalam falsafah pengajaran Islam. Islam bukan sahaja mengatur kehidupan manusia dan menjelaskan tujuan hidupnya bahkan juga menjelaskan mengapa kita harus hidup sihat dan mengatur kesihatan umat manusia itu. Selain dari diri yang sihat, sihat juga tergolong dari segi sihat rohani dan jasmani.
Di samping itu, kesihatan ini boleh ditakrifkan sebagai sebesar-besar anugerah yang di berikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Oleh itu, orang yang telah dikurniakan nikmat kesihatan haruslah menjaga dan memeliharanya agar tidak lenyap begitu sahaja.

Pengertian:

Sihat:
Sihat berasal dari bahasa Arab, secara etimologis adalah selamat dari cacat cela sementara al-sihhah juga bererti benar dan sesuai dengan kenyataan. Perkataan sihat sudah mencerminkan selamat daripada segala cacat dan kekurangan.
Sakit: Musibah sakit atau penyakit yang dideritai oleh seseorang pesakit hakikatnya adalah suatu cubaan Allah S.W.T bagi hamba-Nya kerana Allah S.W.T menghendaki kebaikan bagi si hamba.

Firman Allah S.W.T
Maksudnya:
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. (Surah Al-Anbiya : ayat 35).

5.2.2 Kategori kesihatan meliputi kesihatan rohani dan jasmani

Kategori jenis penyakit terbahagi kepada dua iaitu :
- Lahir: berlaku pada anggota lahiriah
- Batin: berlaku atas rohani atau jiwa manusia.

Kita boleh mengambil manfaat dari cara Rasulullah SAW dalam penjagaan kesihatan yang ilmiah dengan memperhatikan faktor makanan dan memelihara kesihatan dengan tatacara atau pola pemakanan yang sihat dan teratur.
Begitu juga dengan bersikap berhati-hati terhadap makanan dan minuman yang membahayakan kesihatan. Kerana sesungguhnya kesempurnaan kesihatan adalah merangkumi kesihatan jasmani dan rohani dengan mengikuti petunjuk-petunjuk Islam yang dipraktikkan oleh Nabi SAW. Sebagaimana sabda Rasulluah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang sihat badannya, tenteram hatinya, mempunyai persediaan makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dunia ada di tangannya.”

Mencegah penyakit rohani dan jasmani yang menular di kalangan masyarakat manusia hanya boleh dilakukan dengan menutup pintu-pintu kerosakan yang menjadi agen merebaknya berbagai-bagai jenis penyakit.
Tambahan lagi, penyakit yang membawa kepada kerosakan perlu dicegah dari awal-awal lagi. Umpamanya berzina merupakan suatu dosa besar dalam agama Islam. Ajaran agama Islam telah mewajibkan seluruh umat Islam supaya menutup aurat, mengharamkan pergaulan bebas dan sebagainya. Begitu juga, di bidang perubatan penyakit zahir turut membawa kepada penyakit rohani. Sebagaimana terdapat kata-kata pujangga mengatakan bahawa

“Pencegahan lebih baik daripada pengubatan”.

Tiga tujuan utama Allah S.W.T memberikan penyakit pada seseorang antaranya :
i. Penghapusan dosa, rahmat dan peningkatan darjat
ii. Memberikan keinsafan
iii. Kutukan Allah S.W.T.

5.2.3 Kaedah Penjagaan Kesihatan.

Menurut Zulekha Yusoff (2006), terdapat beberapa kaedah menjaga dan mengekalkan kesihatan yang dianjurkan oleh Islam ialah:

i. Menjauhkan diri daripada perkara yang diharamkan dan memudaratkan serta membahayakan kesihatan seperti arak, dadah dan racun.
ii. Mendapatkan keperluan hidup dalam bentuk yang halal dan berkualiti iaitu mendapatkan makanan daripada sumber yang halal seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
iii. Melakukan keperluan hidup yang sederhana iaitu melakukan sesuatu tidak secara berlebihan seperti makan secara sederhana dan tidak berlebihan.
iv. Mendapat dan melakukan keperluan hidup pada masa yang sesuai seperti mengurus tidur dengan baik dan teratur serta tidak tidur di waktu yang tidak digalakkan kerana dibimbangi mewarisi sesuatu penyakit.


5.2.4 Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Menurut Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang (1999), menyatakan bahawa gaya hidup sihat sebagai usaha menunjang keadaan sihat sebagai amalan sehari-hari dapat dilakukan dalam berbagai aspek anataranya adalah seperti berikut:

i
. Aspek sanitasi dan kesihatan diri
Merangkumi kebersihan halaman rumah, parit dan longkang dan lain-lain sikap hidup kita dalam menjaga tubuh seperti membersihkan rambut, memotong kuku, tidak merokok dan sebagainya.

ii. Aspek Efidimiologi (Pencegahan penyakit berjangkit )
Bagi mencegah penyakit menular, seseorang mesti menghindari suatu kawasan yang terjangkit sesuatu penyakit, mencuci tangan sebelum dan sesudah menjenguk orang sakit, mendapatkan nasihat doktor dan mengikuti semua petunjuk dan pencegahannya.

iii. Makanan berkhasiat
Mengamalkan pemakanan secara Islam baik dari segi variasi, kualiti,kuantiti dan susunan serta struktur makanan yang bermanfaat bagi jasmani dan rohani, makan secukupnya serta menghindari makanan yang diharamkan.

iv. Pemeliharaan kesegaran jasmani
Meliputi usaha menjaga kesegaran tubuh jasmani melalui latihan-latihan fizikal seperti olahraga,senaman dan sebagainya dengan tujuan untuk mempertahankan kesihatan jasmani.

v. Kesihatan mental
Menjaga kesegaran mental dan mencegah kemungkinan terjadinya kegawatan pemikiran daripada ketegangan, depresi mental dan lain-lain sehingga dapat diperolehi sikap sabar dan tawakal dalam menghadapi berbagai permasalahan yang mendorong seseorang berfikir secara tidak rasional dan mengarah kepada perasaan putus asa, kehilangan kepercayaan diri atau melakukan kezaliman.

vi. Kesihatan dan keselamatan kerja
Merangkumi usaha menjaga kesihatan dan keamanan di lingkungan kerja, baik kesihatan dan keamanan fizikal.

vii. Kesihatan seksual
Bermaksud menjaga kesihatan proses keperluan seks, dari satu sudut dilihat sebagai usaha menjalankan fitrah manusia dalam melangsungkan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.

viii. Kesihatan ibu dan anak
Pemeliharaan kesihatan ibu secara umum, kesihatan ketika hamil dan sedang menyusui dan tidak dibebani dengan tugas-tugas yang berlebihan.


ix. Amalan bersenam
Merupakan satu cara yang menyihatkan dan menguatkan tubuh badan seseorang. Senaman juga adalah satu tuntutan dalam Islam. Sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

Orang Mukmin yang gagah lebih baik dan lebih dikasihi Allah S.W.T daripada orang Mukmin yang lemah.”(Riwayat Muslim)

x. Mengamalkan diet yang seimbang
Mengambil makanan mengikut apa yang telah ditetapkan seperti makan makanan yang memberikan zat kepada tubuh badan kita.

5.2.5 Punca-punca terjadinya penyakit.

Bagaimanakah seseorang itu dapat solat bila berpenyakit, berpuasa bila tubuhnya tidak kuat, pergi haji bila tubuhnya tidak sakit dan tidak pula sanggup untuk mencari wang buat belanja pergi haji. Bahkan jika dikaji dengna teliti dari sudut kesihatan dan kedoktoran mengenai beberapa perintah pengajaran Islam, kita akan nampak betapa besarnya Islam memandang soal kesihatan ini.
Menurut Zulekha Yusoff (2006), kesihatan akan diperolehi jika manusia dapat menciptakan hubungan yang baik dengan Allah S.W.T dan mampu menciptakan keharmonian sesama manusia dan alam. Terdapat sebab atau punca yang mempengaruhi sakit dan sihat seseorang. Antara sebab-sebab manusia sakit ialah ingkar dengan Tuhan. Manusia yang ingkar dengan suruhan Allah S.W.T serta melanggar larangan-Nya akan ditimpa penyakit seperti penyakit AIDS yang sekarang ini menjadi masalah besar masyarakat dunia disebabkan oleh manusia itu sendiri yang selalu melanggar peraturan Allah S.W.T.
Justeru itu, bermusuhan dengan makhluk merupakan salah satu punca terjadinya sesuatu penyakit. Bencana yang menimpa manusia seperti pncemaran udara, air dan persekitaran boleh menyebabkan terjadinya beberapa penyakit. Sikap manusia yang memandang remeh terhadap penjagaan persekitaran telah menggangu ekosistem kehidupan alam ini. Selain itu, punca penyakit juga adalah disebabkan oleh makhluk halus sama ada syaitan atau jin. Caranya ialah dengan merosakkan organ tubuh atau meresap ke dalam jiwa yang dipanggil kerasukan.
Disamping itu, udara dan persekitaran yang bersih sangat penting kepada kesihatan manusia. Persekitaran yang bersih akan menjamin kesihatan dan akan menjauhkan penyakit. Sampah-sarap, sistem pengairan, tandas hendaklah dijaga dengan baik kerana sekiranya perkara-perkara ini berada dalam keadaan kotor akan mendtangkan pencemaran udara dan persekitaran yang seterusnya merebakkan penyakit.
Sepertimana, perkara yang menyebabkan penyakit adalah makanan dan minuman. Banyak penyakit yang dihidapi oleh manusia dewasa ini berpunca daripada makanan seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, cirit-birit dan gastrik. Sebaliknya, memang tidak dinafikan bahawa gangguan emosi atau rohaniah akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang. Agak sukar memastikan penyakit yang dideritai oleh pesakit jiwa, tetapi sebenarnya dalam jiwa yang bergelombang, resah, gelisah, cemas, takut, berangan-angan tinggi dan sebagainya akan menimbulkan berbagai gejala yang buruk pada urat saraf yang boleh muncul sebagai skait jasmani.

5.2.6 Larangan-larangan dalam pemakanan

Menurut Amina Noor dan Kamilarini Kamalsha (2008), menyatakan bahawa jangan mencampurkan makanan yang boleh membawa kemudaratan. Dengan pencampuran itu boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri. Justeru itu, Rasullullah SAW menyarankan bahawa beliau tidak pernah sekali mencampurkan di antara susu dan ikan, di antara susu dan makanan yang mempunyai bahan-bahan asid, di antara dua jenis makanan yang mempunyai unsure-unsur panas, di antara susu dengan telur, di antara daging dengan susu, di antara makanan yang dipanggang dengan api dengan yang dimasak (secara biasa).
Bahkan juga, Ibnu Qaiyim r.h berpendapat bahawa minum minuman yang berkhasiat iaitu dalam suatu minuman yang terhimpun padanya kemanisan asli dan kesejukan air, adalah antara minuman yang paling bermanfaat untuk badan. Disamping itu, kita dilarang tidur selepas makan. Ini kerana terdapat dalam sebuah Hadis ada meriwayatkan:

“Rasulullah SAW melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati.” (Riwayat Abu Nuaim).

Sehubungan dengan itu, bagi penghisap rokok turut dilarang daripada merokok kerana ianya jelas membawa kepada kemudaratan kesihatan badan. Seperti yang kita semua ketahui merokok boleh membawa kepada penyakit kanser, barah paru-paru, batuk kering (tibi) dan lain-lain. Kesannya walaupun tidak secara tiba-tiba tetapi tetap membawa kebinasaan. Hukumnya haram. Seseorang itu dilarang melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya
Selain itu, kita juga dilarang makan atau minum dari sesuatu yang boleh memabukkan seperti contoh yang biasa kita semua maklum iaitu minuman arak. Arak merupakan ibu segala kejahatan. Dimana kita sebagai umat Islam sangat ditegah dalam peminuman tersebut. Ianya tergolong dalam dosa-dosa besar. Oleh itu, sebagai umat Islam yang diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya menjauhkan setiap perkara yang dilarang dalam ajaran agama Islam untuk keharmoniaan hidup sejagat.

5.2.7 Pencegahan Penyakit

Menurut Zulekha Yusoff (2006), menyatakan mengenai Islam melarang mengambil sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan. Oleh yang demikian, Islam melarang perkara-perkara berikut:

i. Menghampiri zina dan hubungan seks bebas, untuk mencegah penyakit-penyakit seperti AIDS, sifilis dan penyakit kelamin yang lain.
ii. Mengambil makanan dan minuman yang diharamkan serat mendatangkan kemudaratan seperti minum arak, khinzir, dadah dan sebagainya.
iii. Memasuki dan keluar dari tempat yang terdapat wabak penyakit.

Pencegahan: (menjaga makanan dan sistem pemakanan)
- Makan makanan yang halal dan baik
- Makan ikut kaedah yang ditentukan
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran
- Jauhi tempat-tempat yang berpenyakit
- Berdoa dengan maksud untuk menjauhkan penyakit

- Perubatan rohani terbahagi kepada dua iaitu:

i) Merujuk kepada penyembuhan secara kerohanian atau etika atau psikologi untuk penyakit-penyakit yang mungkin dalam bentuk kebatinan atau kejiwaan.
ii) Kepercayaan bahawa penyakit terutamanya sakit otak atau gila disebabkan oleh kuasa roh yang ghaib.

Walaubagaimanapun, terdapat cara pencegahan yang lain iaitu persekitaran merupakan faktor ketiga yang boleh menyebabkan penghidapan-penghidapan jiwa pada diri seseorang. Maksud persekitaran disini ialah seseorang itu dapat mengawal struktur diri agar tidak mengidapi kekacauan jiwa atau emosi walaupun latar belakang keluarga mereka mengidapi penyakit jiwa. Sebaliknya, jika masalah-masalah emosi itu diabaikan maka ini memberi kesempatan yang cerah bahawa masalah-masalah itu akan semakin bertambah kusut sehingga akhirnya akan menimbulkan ketegangan jiwa dan kekacauan emosi.
Pencegahan bertujuan mengekalkan kesihatan yang sedia ada. Ianya merupakan satu kaedah penjagaan kesihatan yang amat baik kerana keenganan manusia dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T boleh menyebabkan terkena penyakit.

6.0 CADANGAN

Perbincangan di bawah adalah cadangan-cadangan yang didapati oleh penyelidik daripada dapatan kajian yang telah dilakukan. Antaranya ialah mengenai kesihatan yang mesti dititikberatkan oleh semua golongan tidak kira tua mahupun muda. Perkara utama yang mesti diingatkan oleh semua manusia adalah mengutamakan kesihatan diri untuk hidup sihat dan sejahtera sepanjang hari serta mengelak daripada terkena sebarang jenis penyakit yang sukar diubatinya.
Disamping itu, golongan yang terbabit untuk memberi galakan dan dorongan adalah suadara terdekat itu sendiri bagi mengingati antara satu sama lain supaya lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan dan minuman setiap hari. Ini menunjukkan bahawa pemilihan makanan dalam kehidupan seharian sangat penting bagi mencegah daripada terjadinya pelbagai penyakit yang tidak diingini. Makanan yang segar dan halal turut memainkan peranan penting bagi seseorang individu untuk menikmati setiap apa yang ingin dilakukannya.
Selain itu, terdapat juga cadangan daripada penyelidik supaya menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang. Tujuan penyediaan kemudahan ini dilakukan adalah salah satu bentuk bagi semua golongan tanpa mengira bangsa untuk bersama-sama melakukan senaman sepanjang hari. Dengan adanya pusat kemudahan ini, kemungkinan masyarakat akan mudah untuk melakukan senaman bagi menyihatkan tubuh badan.
Oleh itu, daripada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi daripada resensi perpustakaan yang dijalankan, penyelidik dapat memberi kesedaran kepada pembaca agar lebih bersikap prihatin terhadap diri sendiri dan tidak ketinggalan juga insan yang mereka sayang supaya lebih peka dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap penjagaan kesihatan ini. Dengan itu, penyelidik turut memberi saranan supaya jagalah kesihatan diri untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat serta otak yang cergas sepanjang hari.
Disamping itu, dengan terhasilnya kajian yang dilakukan oleh penulis ini diharap pembaca boleh mengubah cara hidup mereka masing-masing untuk tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap kesihatan.

7.0 Rumusan kajian

Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, penyelidik dapat merumuskan bahawa objektif kajian telah dapat dicapai iaitu penyelidik dapat menerangkan mengenai kaedah penjagaan kesihatan menurut Islam terhadap pembaca. Kesemua keterangan yang diberikan dapat membangkitkan kesedaran terhadap pembaca agar bersikap positif terhadap penjagaan kesihatan sepertimana yang diterangkan di hasil kajian diatas ini.


8.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kertas kerja ini telah membincangkan mengenai tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian, hasil kajian dari resansi keperpustakaan serta cadangan yang telah dikemukakan diatas ini. Dengan ini, keseluruhan objektif kajian telah dapat dicapai.
Sehubungan itu, daripada hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik dapati semua golongan mestilah menjaga kesihatan diri supaya tubuh badan kita terhindar daripada segala jenis penyakit yang berjangkit. Justeru itu, di dalam kehidupan ini kita sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan yang harmoni.
Tambahan lagi, menjaga, mengawal dan mencegah penyakit adalah satu keperluan dalam kehidupan ini. Walaupun kesihatan sudah dijaga dengan baik, tetapi masih juga terkena penyakit, maka semua yang berlaku ini adalah sebagai ujian atau dugaan daripada Allah S.W.T dan sebagai kifarat (penghapusan dosa). Kita sebagai manusia di muka bumi ini perlulah sentiasa menitikberatkan soal kesihatan dalam diri masing-masing.
Oleh itu, penyelidik berharap dengan terhasilnya penulisan ini dapat memberi kepercayaan kepada pembaca bahawa penjagaan kesihatan merupakan perkara penting dalm kehidupan ini dan menjadikan sebagai panduan di masa akan datang.

9.0 RUJUKAN

Al-Quran dan terjemahannya. 2002.
(Al-A’raf:31) Damsyik: Darul Makrifah

Al-Quran dan terjemahannya. 2002.
(Surah Al-Anbiya: ayat 35).Damsyik: Darul Makrifah

Abu Bakar Abdul Majeed & Abu Bakar Yang. 1999.
Konsep dan Operasi Perubatan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Perniagaan Normahs.


Ali Mu’nis. 1995.
Pengubatan Cara Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd.


Amina Haji Noor. 2001.
Hikmah Menjaga Kesihatan Diri. Kuala Lumpur: Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd.

Amina Noor & Kamilarini Kamalsha. 2008.
Panduan Kesihatan & Kecantikan Menurut Islam Sihat Fizikal & Mental. Kuala Lumpur: Al-Risalah Product SDN. BHD.

Abu Hassan Ali. 2006.
Kesihatan Dalam Konteks Islam. Selangor: Penerbitan Dar Hakamah/ Dar Bariyazi.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. 2005.
Penjagaan & Rawatan Kesihatan Secara Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.

Luqman Hakim. 2002.
Tips Penjagaan Makanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers Ilmu Cahaya Kehidupan.


Nor Atiqah Ghazali. 2003.
Petua kesihatan. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.


Wan Mohd. Nor Wan Daud & Shahrul Amar Abdullah. 1992.
Kesihatan dan Perubatan Dalam Tradisi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zulekha Yusoff, Asmak Ali, Maznah Daud, Farahdina Abd Manaf, Noor Salwati Sabtu & Mazlah
Yaacob. 2006. Sains Kesihatan Dalam Tamdun Islam. Kuala Lumpur: Pusat Penerbitan Universiti(UPENA),UiTM.


by:faradibana

konsep akhlak menurut perspektif Islam



tugasan individu: tarikh hantar 18 Jun 2010, saksi : nurulakmal
1.0 Pengenalan
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian serta sumber-sumber akhlak menurut al-Quran dan Hadith, ciri-ciri akhlak Islam yang baik, cara mencapai akhlak yang baik dan juga kelebihan akhlak menurut Islam. Penyelidik juga akan mengemukakan beberapa cadangan supaya konsep akhlak Islam ini dapat di didik oleh semua pihak.
Islam adalah satu sistem hidup (nizam al-hayah) manusia yang merangkumi semua bidang kehidupan manusia. Kehidupan manusia yang beragama Islam bermula dari awal kelahiran hingga ke saat kematian harus berlandaskan ajaran Islam. Sesungguhnya semuanya telah ditunjukkan oleh Islam sama ada melalui wahyu Ilahi di dalam al-Quran atau Hadith Nabi s.a.w.
Peranan akhlak dalam pembinaan sahsiah seseorang tidak boleh dinafikan lagi kepentingannya. Proses pembentukannya adalah selaras dengan perkembangan jiwa seseorang itu sendiri. Untuk membentuk akhlak yang baik memang sukar, tetapi apa yang harus dilakukan oleh seorang muslim ialah dengan cara mempraktikan usaha ke arah kesempurnaan akhlak.


2.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk:
i. Mengupas tentang konsep akhlak menurut perspektif Islam.
Skop kajian meliputi definisi akhlak menurut pelbagai pandangan, sumber-sumber melalui al-Quran dan Hadith, ciri-ciri akhlak yang baik, kemudian cara-cara hendak mencapai akhlak yang baik, kelebihan-kelebihan apabila memiliki akhlak yang sempurna, factor yang mempengaruhi keruntuhan akhlak serta cadangan yang disarankan oleh penyelidik.

ii. Melihat sejauh mana akhlak seseorang itu dapat mencapai akhlak yang baik
Aspek ini dipilih kerana masih ramai umat Islam yang tidak menyedari pentingnya akhlak dalam menyebarkan ajaran Islam serta membentuk peribadi muslim yang sejati. Ini kerana mereka yang menentukan corak generasi pada masa akan datang sebagai pembimbing kea rah jalan yang benar.

iii. Konsep akhlak dapat diaplikasikan oleh setiap tingkah laku yang baik dalam kehidupan seharian.
Akhlak merupakan salah satu perkara yang sangat penting bagi setiap umat Islam, umat Islam diperintahkan oleh Allah s.w.t agar bersikap lebih peka terhadap ajaran-ajaran yang telah disampaika-Nya. Disamping itu, akhlak adalah salah satu perkara untuk membentuk sahsiah diri seseorang sama ada baik ataupun buruk. Akhlak sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat mahmudah seperti menjalankan setiap perinth Allah s.w.t yang diamanahkan dalam ajaran agama Islam.
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang akhlak di dalam Islam. Dengan adanya tujuan yang telah ditetapkan dalam suatu kajian, maka akan lebih memudahkan lagi kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik.
Sehubungan itu, penyelidik akan menjalankan kajian mengenai akhlak dalam kalangan masyarakat umat islam pada masa sekarang supaya mereka dapat mengaplikasikannya setiap tingkah laku dalam kehiudpn seharian

3.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya melihat aspek pemikiran melalui perspektif Islam sahaja. Bukan kepada akhlak yang berlandaskan atau menurut barat, lebih mudah dikatakan sebagai mengikut gaya atau budaya barat. Pembaca menjadi fokus utama dalam kajian ini kerana mereka adalah model dalam pembentukkan diri individu seseorang.

4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber, sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer. Bahan-bahan yang terdiri daripada buku, artikel,sumber internet dan sebagainya.

5.0 HASIL KAJIAN
5.1 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, penyelidik membincangkan tentang hasil kajian yang telah diperolehi daripada resensi perpustakaan.
Pada zaman yang serba moden ini, secara fitrahnya akhlak individu muslim itu adalah baik. Namun begitu sebagaimana yang telah dicatatkan bahawa manusia dari kalangan umatNya yang berjaya dan berjasa ialah mereka yang berjaya melaksanakan akhlak yang tersebut dalam kehidupannya dan berjaya menghidupkannya dalam kehidupan keluarga dan seterusnya dalam masyarakatnya.
Telah diungkapkan oleh seorang pujangga dalam sebuah madahnya:
“Kekalnya umat itu adalah kerana akhlaknya. Manakala lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat”.
Oleh itu, madah di atas mengatakan bahawa suatu hakikat dalam kehidupan masyarakat atau umat manusia dan tamadunnya di dunia ini. Maka, keperluan akhlak amat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim.



5.2 Dapatan Kajian daripada Resensi perpustakaan
5.2.1 DEFINISI AKHLAK
Mengikut kamus al-Mu’jam al-mufahras Li Al Faz, al-Mukhit akhlak berasal daripada kalimah al-khuluq yang membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama. Manakala mengikut kamus lisan al-Arabi, akhlak bermaksud tingkah laku seseorang yang telah menjadi tabiat dan merupakan satu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang.
Akhlak dari segi bahasa membawa erti budi pekerti, adab sopan, tingkah laku, dan tatasusila. Mengikut tokoh-tokoh ilmu psikologi Islam, takrif akhlak perlu dilihat dari dua sudut. Pertama Bataniah iaitu akhlak merupakan satu ilmu yang membahaskan masalah- masalah dalaman manusia khasnya yang mengupas hal-hal kejiwaan. Manakala dari suluq Azzahariah, akhlak ialah satu cara atau jalan yang memperlihatkan sesuatu yang berbentuk zahir. Sama ada dari segi tutur kata, tingkah laku dan perangai boleh menjadi ukuran peribadinya.
Menurut Ghazali Darusalam, dalam kitab Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah menyatakan, pengertian akhlak boleh ditinjau daripada beberapa segi sama ada daripada pandangan falsafah Islam,tokoh-tokoh agama, al-Quran,hadith dan sebagainya.
Akhlak menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002: 1025), personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan. Personaliti berasal daripada perkataan latin iaitu pesona atau personalitas. Maksud persona ialah topeng yang merujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang.

Akhlak menurut perspektif Islam, Menurut M. Ali Hassan (1984: 10) dalam kitab Personaliti dari perspektif Al-Ghazali karya Dr. Fariza Md Sham menyatakan bahawa ‘akhlak’ atau ‘sahsiah’ merupakan perkataan arab, dimiliki oleh seseorang individu. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan.
Menurut ahli falsafah Islam dalam kitab Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah yang dikarang oleh Ghazali (1997), mengatakan akhlak mengandungi tiga maksud mengikut aliran-aliran tertentu. Antaranya akal fikiran yang memancarkan akhlak, akal yang dipandu oleh wahyu para nabi dan rasul akan melahirkan akhlak yang bersih dan terpuji.
Selain itu, akhlak dari segi roh membawa maksud pengambilan berat terhadap pembersihan jiwa, pembaikpulihan batin, pembersihan akal fikiran, serta pembersihan akal fikiran secara mujahadah. Manakala aliran seterusnya mengikut gabungan dua perkara ini membawa kepada dua konsep iaitu menerusi aliran falsafah dan tasawuf.
Akhlak dalam Encyclopedia Dictionary of Pcychology (1992), menyebut personaliti (akhlak) sebagai suatu konsep yang global yang mempunyai beberapa makna. Pertama ia merujuk kepada tingkah laku dan perangai yang biasanya ada pada setiap individu. Kedua ia merujuk kepada cantuman kesedaran diri atau ego. Ketiga, ia adalah topeng bagi sosial.
Kesimpulannya, bahawa akhlak didefinisikan sebagai satu sifat bagi diri melalui jiwa yang melahirkan nilai baik atau jahat. Secara ringkasnya, akhlak sebagai suatu kebiasaan tingkah laku yang mengarah kepada kebaikan atau kejahatan dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan. Maka, akhlak Islam merupakan akhlak yang teristimewa dengan pengkhususannya yang tersendiri.

5.2.2 SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK
5.2.2.1 Al-Quran
Al-Quran al-karim bukan sahaja satu kitab yang membicarakan masalah-masalah hukum Allah, politik, dan pendidikan bahkan ia juga menyingkap bidang-bidang sosiologi khasnya pembentukan sahsiah seseorang insan dan sesebuah masyarakat. Sumber utama rujukan ilmu akhlak ialah kitabullah yang menghuraikan secara terperinci dan jitu.
Dalam kamus al-Mu’jam dimuatkan ayat al-Quran yang membawa maksud al-khuluq.
Firman Allah yang membawa maksud: Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung (surah al-Qalam 68:4).
Berdasarkan maksud ayat di atas, akhlak membawa maksud keperibadian, sahsiah dan sifat-sifat yang merujuk kepada perbuatan mulia.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Ssesungguhnya ini (agama) tidak lain hanyalah kelakuan orang terdahulu (surah al- Assyuara’ 26: 137).
Ayat tersebut mengatakan akhlak sebagai tabiat manusia yang sememangnya dijadikan oleh Allah dengan memiliki tabiat-tabiat tertentu yang menjadi kelaziman.
Secara keseluruhannya, akhlak yang disebut dalam al-Quran merupakan ajaran dan tingkah laku yang baik serta lebih tinggi kedudukannya daripada moral. Al-Quran adalah sumber utama penggalian ilmu akhlak untuk memahami akhlak manusia.



5.2.2.2 Hadith
Akhlak yang dihuraikan oleh al-Quran dijelaskan lagi menerusi hadith Rasulullah SAW, Anas r.a meriwayatkan sebuah hadith yang diambil Rasulullah SAW dalam kata-kata Syaidatina Aisyah: ‘Nabi Muhammad itu semulia-mulia manusia daripada sudut akhlaknya’.
Akhlak yang dibincangkan menerusi hadith rasulullah s.a.w. menjelaskan satu perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan, perbuatan dan nafsu yang keji. Ada akhlak yang terpuji dan akhlak tercela. Hadith ialah sumber kedua akhlak Islam, disinilah ajaran-ajaran akhlak Islam terserlah dengan jelasnya melalui amalan. Orang yang berakhlak ialah golongan yang beriman dengan sifat-sifat dalam akhlak seperti malu, sabar, pembersih dan sebagainya.
Seorang lagi tokoh hadith iaitu Abu Hurairah antara lain menyifatkan hadith-hadith yang diriwayatkanya membawa akhlak sebagai rasa keimanan dan kemuncak keimanan sebenar. (Ghazali. 1997. Dinamika Ilmu akhlak Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd)
Dalam kitab Pendidikan Akhlak dan Adab Islam konsep dan Amalan yang dikarang oleh Asmawati Suhid (2009), menyatakan bahawa sumber utama bagi akhlak dalam Islam ialah wahyu Allah iaitu Al-Quran dan hadith. Kedua-dua ini membentuk sesuatu konsep serta memelihara akhlak manusia dalam kehidupan seharian. Al-Quran mengajarkan manusia bagaimana sepatutnya bertingkah laku dan bertindak dengan betul dan berakhlak. Al-Quran juga merupakan sumber utama dalam menentukan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam kehidupan.
Hadis juga merupakan sumber kedua selepas al-Quran dalam pengambilan ilmu akhlak Islam. Sebagaimana contoh kepada Rasulullah yang merupakan model atau contoh terbaik sebagai ikutan umat Islam khususnya dan manusia umumnya. Akhlak yang diamal dan dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W yang berteraskan akidah Islam jelas sekali amat luhur dan murni.
5.2.3 CIRI – CIRI AKHLAK ISLAM
Dalam kitab Personaliti Dari Perspektif Al-Ghazali, yang dikarang oleh Fariza Md. Sham (2008), menyatakan ciri-ciri akhlak yang terdapat dalam Islam. Antara ciri-ciri akhlak Islam yang membentuk personaliti yang baik ialah sifat takwa, sabar dan syukur.

Ciri akhlak Islam yang pertama ialah sifat taqwa. Pengertian takwa bagi al-Ghazali ialah rasa patuh terhadap perintah-perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan setiap perkara yang ditegah (Sa’id Hawwa 1999: 360). Sifat takwa adalah sifat individu yang memiliki personaliti yang terpuji. Perintah dan larangan Allah S.W.T. juga merangkumi setiap perintah dan larangan yang dibawa dari Rasulullah s.a.w. Orang yang bertakwa menurut al-Ghazali (1953: 93) sentiasa sedar bahawa Tuhan tetap bersamanya menyaksikan setiap perkara yang dilakukan. Dalam kehidupan bermasyarakat, individu yang bertakwa sentiasa berkelakuan baik ketika berhubung dengan individu lain. Oleh itu, matlamat takwa ialah kebahagiaan di akhirat.

Seterusnya, bagi ciri yang kedua pula ialah sifat sabar. Sabar bermakna ketabahan individu menempuh segala kesusahan. Dalam konteks agama, sabar bermakna menerima ujian-ujian Tuhan dalam perjuangan memperolehi keredhaanNya. Al-Ghazali mengatakan bahawa sabar meliputi tiga perkara iaitu berkaitan dengan ilmu, hal keadaan dan perbuatan. Individu yang sabar dikawal oelh dua tujuan utama iaitu agama dan melawan hawa nafsu (al-Ghazali 1988: Jil.3 1096). Al-Ghazali telah menghuraikan bahawa seseorang individu yang memiliki sifat sabar akan merasai kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Ini kerana individu yang sabar adalah individu yang kuat dalam erti kata sebenar.

Walau bagaimanapun, ciri yang ketiga dalam akhlak Islam iaitu sifat syukur merupakan personaliti atau akhlak individu yang menuju kepada keredhaan Allah S.W.T (al-Ghazali 1988: Jil.3 1156). Seseorang individu wajib mempercayai bahawa segala nikmat adalah berasal dari Allah S.W.T. dan pengetahuan tersebut dinamakan tauhid. Allah S.W.T. Sifat syukur juga menambahkan keberkatan kepada nikmat yang dikurniakan dan dijanjikan dengan limpahan nikmat yang berlipat ganda dari Allah S.W.T. pada masa akan datang. Maka, sifat syukur menjadikan jiwa seseorang individu menjadi tenang dan bersih serta hatinya semakin damai dan tenteram yang melahirkan tingkah laku baik dan terpuji (al-Ghazali 1963: 41).

5.2.4 CARA MENCAPAI AKHLAK YANG BAIK

Menurut Ghazali Darusalam, (1997) Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. menyatakan banyak cara untuk mencapai akhlak yang baik. Antaranya ialah kurniaan Allah secara semulajadi yang mana dijelaskan bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Allah juga mampu mencipta sesuatu yang unik penciptaannya kepada manusia.
Untuk mengusahakan akhlak yang baik seseorang itu juga boleh membuat latihan amali seperti membiasakan diri dengan sifat-sifat yang baik dan membuang sifat buruk. Selain itu, dengan cara mengenal keaiban diri iaitu dengan sentiasa muhasabah dan membuat refleksi diri untuk menyemak kembali apa yang telah dibuat sepanjang hari.
Justeru itu, dengan mengamalkan amalan-amalan harian seperti membaca al-Quran dan memahami pengertiannya, qiamullail dan sebagainya, juga merupakan salah satu cara hendak mencapai akhlak yang baik.

5.2.5 KELEBIHAN AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Menurut Mahmud Al-Mishro dalam buku Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW (2009) menyatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai sifat berani, maka akan menjadikan seseorang itu kuat untuk menjaga diri dan berakhlak mulia. Sifat ini juga mempermudahkan untuk menahan amarah serta dengan modal keberanian, seseorang itu dapat menggenggam erat ketegasan jiwanya sendiri.

Selain itu, dengan berakhlak juga dapat menenangkan jiwa dan memperbaiki akhlak serta menambahkan keimanan dalam diri seseorang. Tujuannya menjadi pendorong untuk beramal dengan akhlak dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara itu. (Ghazali Darusalam. Sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah: Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. (1997). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd).

Walaubagaimana pun, dengan berakhlak seseorang itu dapat menghindarkan diri daripada terpengaruh hasutan syaitan. Menurut Ghazali Darusalam (1997), menyebut akhlak sebagai benteng kekuatan daripada penguasaan syaitan terhadap diri seseorang serta segala amalan yang dibuat juga diterima oleh Allah jika seseorang itu memiliki akhlak yang mulia.


5.2.6 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK DAN CARA MENGATASI
i. Persekitaran
Merujuk kepada sumber rujukan yang penyelidik dapati bahawa pandangan daripada Islam faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Antaranya ialah individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.
Selain itu, kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa mereka.
Namun begitu, pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak.
Terdapat juga, permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya. Budaya masyarakat juga yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa masyarakat kini mudah terjebak dengan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.


ii. Nafsu
Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.

iii. Syaitan
Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai agen perosak akhlak manusia berlaku sejak Nabi Adam dan berterusan hingga ke hari kiamat.
Kesimpulannya, setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan cubaan hidup dalam usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia menghadapi segala rintangan.

Maka, setiap faktor-faktor yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak Islam ialah:
i. Menguatkan nilai-nilai akidah dan keimanan dalam jiwa.
ii. Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan nafsu syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji.
iii. Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadat solat, puasa serta menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji.

6.0 CADANGAN
6.1 Pemantapan Akhlak dalam keimanan
Perbincangan yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik, menurut Muhammad Al-Ghazali (2002) dalam kitab Akhlak Seorang Muslim menyatakan bahawa, kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku akhlaknya. Ini kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang hina dan buruk perilaku yang merugikan diri sendiri dan orang lain.
Maka, pemantapan akhlak seseorang individu haruslah kukuh agar dapat membersihkan jiwa dan memelihara kehidupannya melalui akhlak yang mulia dan terpuji.
6.2 Akhlak sebagai satu pendekatan pendidikan dalam menegakkan syiar Islam
Saranan penyelidik kepada golongan yang berpendidikan supaya menjadikan akhlak sebagai syiar Islam yang merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Sungguhpun begitu, akhlak sebagai wadah kepada pemangkin Ummah pada generasi akan datang untuk menegakkan syiar Islam. Penyelidik-penyelidik didedahkan pendekatan pendidikan yang seharusnya bersifat teori dan praktikal.

Menurut al-Ghazali menyatakan bahawa peringkat kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yang perlu dicorakkan peribadi dan akhlaknya dengan sebaik mungkin. Maka, pada peringkat inilah yang boleh membentuk akhlak sebagai salah satu pendekatan dalam menegakkan syiar Islam.

6.3 Mendisiplinkan ilmu dengan akhlak yang mulia
Menurut penterjemah Yahya NurYadi (2007) dalam kitab Akhlak Terpuji Kunci ke Syurga mengatakan akhlak adalah ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam dan prinsip yang dapat membantu kita untuk mengetahui keutamaan segala perkara agar dapat diikuti dan mengetahui keutamaan segala perkara agar dapat diikuti dan mnegetahui keburukannya agar dapat dihindari.
Justeru itu, disiplin ilmu amat penting pada penyelidik-penyelidik untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T dengan mencerminkan sesuatu akhlak yang mulia.
6.4 Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.

6.5 Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidikan Berkualiti
Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.
7.0 RUMUSAN KAJIAN
Daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa objektif kajian telah dapat dicapai iaitu dapat mendedahkan tentang ciri-ciri atau contoh akhlak yang baik dan cara-cara membentuk akhlak yang mulia dan terpuji kepada pembaca. Terdapat banyak cara untuk membentuk akhlak yang mulia yang telah diperolehi daripada resensi perpustakaan sebagaimana yang telah diterangkan di atas.
8.0 PENUTUP
Kertas kerja ini telah membincangkan akhlak Islam mengajar manusia untuk melahirkan keharmonian dan kesejahteraan hidup sesuai dengan maksud Islam itu sendiri yang bererti selamat, sejahtera, aman dan damai. Akhlak yang baik menjamin kesantunan peribadi dan jemaah yang lain.
Jelaslah bahawa, sesuatu amalan yang ada nilai yang tinggi menjamin keselamatan dan keamanan serta kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Amalan yang terpancar daripada keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya terangkum dalam istilah ibadah berpandukan nilai-nilai akhlak yang mulia. Malah, kelebihan berakhlak dengan akhlak mulia dapat meningkatkan kualiti amal ibadah dan mendapatkan keampunan Allah S. W.T serta mendapat rahmat dan cahaya daripada Allah S.W.T.


Selain itu, perumpamaan yang dijelaskan dalam al-Quran dan hadith menunjukkan betapa pentingnya akhlak yang baik dan terpuji itu untuk memastikan lahirnya kehidupan yang aman dan bahagia. Secara keseluruhannya, penyelidik berharap kertas kerja ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sebagai panduan dan sebagai sumber rujukan untuk kajian yang akan datang.



9.0 RUJUKAN
Al-Quran dan terjemahanNya. 2002. Surah al-Qalam 68:4. Damsyik: Darul Makrifah

Al-Quran dan terjemahanNya. 2002. Surah al- Assyuara’ 26: 137. Damsyik: Darul Makrifah

Al-Ghazali. 1953. Bidayah al-Hidayah. Damsyik: Matba’at al-Jami’ah al-Suriyyah.

Al-Ghazali. 1963. Kitab al-Arbain fi Usul al-Din. Kaherah: Maktabat Al-Jund.

Al-Ghazali 1988. Ihya’ Ulum al-Din. Jil 1-4. Terj. Prof. TK. H. Ismail yakub MA-SH. Singapura: Pustaka Nasional Pte ltd.

Abdul Rahman Rukaini. 2001. Siri Teras ‘Ulum Islamiah: Akhlak membangun Jati Diri. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd.

Akram Ridha, Yahya NurYadi. 2007. Akhlak terpuji Kunci ke Syurga. Kuala Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak dan Adab Islam: Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dan Distributors Sdn. Bhd.

Fariza Md. Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin. 2008. Personaliti dari Perspektif Al-Ghazali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ghazali Darusalam. 1997. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah: Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dan Distributors Sdn. Bhd.

Imam Jaafar as-Syuthi. 2009. Adab dan peribadi seorang Muslim. Kuala Lumpur: Serambi Timur Sdn.Bhd.


Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd

Mahmud Al-Mishro. 2009. Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW. Jakarta: Pena Pundi Aksara.

Manjula Bhagi, Sunita Sharma. 1992. Encyclopedia Dictionary of Pcychology. Volume II. New Delhi: Anmol Publication.

Muhammad Al-Ghazali. 2002. Akhlak Seorang Muslim. Kuala Lumpur: Crescent News Sdn.Bhd.

Sa’id Hawwa. 1999. Mensucikan Jiwa. Jakarta: Darus Salam

2010. Keruntuhan akhlak dan cara mengatasi. Petikan dari Islam Grid Obor yang menyinari alam. http://www.faktor-faktor keruntuhan akhlak.html (17 Jun 2010)

by: saufiyah huda (cahaya petunjuk)