Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Monday, June 14, 2010

sambungan perincian tugasan kumpulan...

4.4.1 Perbandingan Pembelajaran Tradisional dan Pembelajaran Berasaskan Web

Menurut Conole dan Oliver (1988) terdapat beberapa perbandingan yang dapat dikenalpasti daripada pembelajaran cara tradisional dengan pembelajaran berasaskan web iaitu dari segi corak persembahan, sesi perbincangan, aktiviti dan maklum balas. Jadual 1.0 menunjukkan perbandingan di antara pembelajaran berasaskan tradisional dengan pembelajaran berasaskan web.

Jadual 1.0 Perbandingan Pembelajaran Tradisional Dengan Web.

AKTIVITI TRADISIONAL BERASASKAN WEB
PERSEMBAHAN Kuliah, perbahasan, buku, surat khabar, laporan dan lampiran Persembahan berunsurkan melalui web, halaman web, audio dan video, penyelidikan berasaskan web.
PERBINCANGAN Tutorial, nasihat dari pengajar, nasihat dari pakar. Mel elektronik, kumpulan perbincangan, tutorial atas talian, perbincangan masa nyata atas talian, papan putih, perbualan atas talian, konsep mentor.

AKTIVITI Analisis data, permainan, makmal, penyelidikan, mengkaji contoh. Aktiviti dalam kumpulan, simulasi, video untuk prosedur makmal, permainan dan set data.
MAKLUM BALAS Teguran dari pengajar, ujian dan peperiksaan. Mel eletronik, kumpulan perbincangan, soal selidik, ujian, sampel ujian berserta jawapan.



4.5 Contoh- contoh penggunaan berasaskan web

4.5.1 Bank Soalan Berasaskan Web.
Dalam menuju era teknologi maklumat, aplikasi berasaskan web semakin bertambah popular sejajar dengan peranan internet yang semakin penting. Oleh itu, terdapat banyak pelayar web digunakan untuk mendapatkan maklumat. Pelayar web digunakan sebagai antara muka kepada pengguna untuk menggunakan sistem. Oleh itu, bank soalan berasaskan web juga turut diwujudkan sejajar dengan perkembangan teknologi.
Pada awalnya, penghasilan bank soalan dalam bentuk elektronik dilakukan dengan mencipta bank soalan dalam bentuk CD-ROM (Donagher et al.1998). Walaubagaimanapun, CD-ROM merupakan medium yang statik dan ia memerlukan perkakasan iaitu CD-Writer untuk memasukkan bahan bank soalan ke dalam CD. Seterusnya ia perlu diagihkan kepada pengguna sama ada melalui universiti atau perpustakaaan. Pengguna memerlukan pemacu CD-ROM pada komputer mereka. Kandungan bank soalan juga perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Oleh itu, bank soalan berasaskan web diwujudkan sebagai satu kemudahan sumber yang cekap.

4.5.2 Pembelajaran berasaskan inkuiri melalui web terhadap prestasi dan persepsi pelajar dalam mata pelajaran fizik peringkat Universiti.

Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah salah satu cabang pendekatan pembelajaran yang merupakan ciri-ciri konstruktivisme. Fizik merupakan salah satu bidang ilmu sains dan teknologi yang begitu penting dan menyeluruh penggunaannya sehingga tiada industry yang terkecuali daripada pengaruhnya.
Selain itu, Fizik juga merupakan satu disiplin ilmu sains untuk membolehkan manusia mengetahui dan memahami rahsia alam dari sudut hokum. Menurut Kearsley (2000), pembelajaran ini membawa impak yang signifikan kepada sesuatu proses, yang mana ia menyediakan satu opsyen baru untuk mengukuhkan dan menyokong aktiviti pembelajaran.
Namun begitu, dalam pendidikan jarak jauh, pembelajaran berasaskan web boleh membantu pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan untuk menghadiri kuliah-kuliah tertentu atau bagi mereka yang dibataskan oleh masa.
Merujuk kepada definisi istilah bagi prestasi ialah suatu pencapaian pelajar dalam ujian yang mengambarkan tahap kefahaman umum pelajar terhadap isi kandungan yang telah disampaikan. Manakala bagi maksud persepsi pula ialah suatu pendapat atau pandangan pelajar terhadap peningkatan ilmu pengetahuan dan proses pembelajaran setelah beberapa kaedah dilaksanakan terhadap mereka.
Maka, prestasi akademik pelajar merupakan salah satu contoh yang boleh ditentukan berdasarkan soalan ujian, juga prestasi terhadap pengetahuan pula ditentukan berdasarkan soal selidik yang telah di kaji.
Pembelajaran berasaskan inkuiri merupakan suatu pembelajaran yang berasaskan proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan.
Ringkasnya, pembelajaran yang berasaskan laman web kini dianggap sebagai salah satu cara pembelajaran terbaru yang dikatakan berkesan dalam aktiviti pembelajaran.



4.5.3 Aplikasi pendekatan inkuiri dalam persekitaran pembelajaran berasaskan web.

Menurut Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat.
Umumnya, pembelajaran dalam persekitaran web berasaskan tutorial dimulakan denagn penerangan tentang objektif yang hendak dicapai, tutorial langkah demi langkah dan diikuti dengan latihan serta peneguhan.
Pembelajaran Web semakin meluas digunakan sebagai medium pembelajaran yang berkesan. Pendekatan inkuiri terbimbing dikatakan berupaya membantu dalam pemindahan maklumat secara aktif dengan menyediakan suasana pembelajaran yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir tshap tinggi. Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri bukanlah sesuatu yang baru dan terdapat pelbagai definisi yang berkaitan dengannya.
Pendekatan inkuiri dalam pembelajaran boleh dilihat dalam berbagai bentuk bergantung kepada bidang mata pelajaran yang dipelajari. Ia juga dikenali sebagai inovasi atau alternative kepada pendekatan tutorial dalam membangunkan persekitaran pembelajaran berasaskan web.

No comments:

Post a Comment