Seindah Cinta Arika
‘Aku ingin menjadi mimpi indah dalam hidupmu..aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu..’ Telefon milik Arika menyanyi merdu. Akhirnya, Arika akur dengan bunyi yang menyusuk telinga..’ Ermmm…..hallo’…., Arika bersuara agak malas.. ‘Hallo, Rika! Huhu..ala..hoi..ya Allah..kenapa tak bangun lagi ni? Ish..anak dara jenis apa kau ni..bangunla!!!!..bangun!!!!..kelas dah nak mula ni’, Nina bersuara di hujung talian. ‘Ala…janganlah marah aku..huhu..yelah…yelah..aku bangunlah ni. Puas hati kau???,’.. Rika membalas dengan suara sinis. Rika bangun dengan malas lantas mematikan talian yang suaranya amat membingitkan telinganya.
‘Mama..mama..Rika pergi kelas dulu ye..’Rika bersuara lantang lalu mengambil kunci kereta dan terus berlalu. Begitulah kehidupan seorang anak gadis kota milik pasangan Dato Azmil dan Datin Maria. Setiap hari masanya banyak dihabiskan di kolej sehingga petang. Selesai kelas, Arika biasanya menghabiskan bersama kawan-kawannya di luar hinggalah malam menjelma. Arika Ariana Natasya, begitulah nama seorang gadis bermata bundar, tinggi lampai dan memiliki wajah yang manis walau tanpa secalit solekan sekali pun. Dialah satu-satunya permata hati Dato Azmil dan Datin Maria. Arika berusia 22 tahun dan masih menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Tepat jam 10.30 pagi, Arika akhirnya muncul di pintu masuk dewan kuliah teratai. Matanya yang bundar, melilau-lilau mencari kelibat Nina Fatiha. Ahkirnya, lambaian tangan Nina mematikan pencariannya. Arika pantas berlalu dan duduk disebelah sahabat baiknya Nina. Dialah satu-satunya sahabat baik Arika semenjak dia menuntut di situ. ‘ Hai dear…how are you? Sihat’, Nina menyapa penuh ceria.’ Hai hai hai..blah la..huhu..nasib baik kau tak lewat masuk kelas. Ermm..i’m fine..okey jer. Kau macam mana? Sihat, tuan puteri intan payung?’, Nina membalas dengan mimik muka yang melucukan. ‘Ha..ha..ha..ha…, ala…cik Nina Fatiha..janganlah marahkan patik..Semalam patik tidur lambat sebab layan movie,’ Arika menjawab dengan selamba. ‘What? Movie? Huhu..ish…kalau ye pun, janganla sampai tidur lambat..kalau aku tak kejutkan tadi, entah bangun ke tidak kau ni’, Nina memperli Arika. Namun, Arika hanya tersenyum manja dan memeluk lengan sahabat baiknya itu. ‘Dah dah..janganla peluk lengan aku..nanti orang cakap kita lesbian pula, tengahari ni kau mesti belanja aku makan tau’, Nina bersuara lantas mengalih tangan Arika.
Begitulah keakraban di antara Arika dan Nina. Kadang kala seperti anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti ada sahaja yang tidak kena. Sejak berkawan dengan Arika, Nina sudah masak dengan perangai sahabanya itu. Pada pandangan Nina, Arika seorang yang manja tetapi tegas. Namun, itu semua tidak menghalang untuknya berkawan dengan Arika.
Kelas Pengurusan perniagaan amat dinantikan oleh Arika dan Nina. Walaupun kelas berlangsung selama tiga jam, namun wajah tampan Dr. Ariz menjadikan pelajar-pelajarnya tetap bersemangat terutamanya pelajar wanita. Dr. Ariz merupakan pensyarah bagi subjek pengurusan perniagaan dan masih bujang. Jadi, tidak hairanlah ramai pelajar wanita meminatinya. ‘Okey kelas, setakat ini sahaja kuliah untuk hari ini dan saya berharap anda semua dapat menyiapkan tugasan berkumpulan yang telah diberikan. Jangan lupa hantar di bilik saya selewat-lewatnya 25 haribulan Mei minggu depan’. Okey semua?. Satu lagi, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kita bersama saya ada terkasar bahasa dan tersilap kata hingga menyinggung perasaan awak semua. Saya mendoakan agar awak semua lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir hujung bulan ini.. Assalamualaikum semua’. Dr.Ariz menamatkan kuliah dengan salam dan senyuman yang sangat manis.
***************************************************************************
No comments:
Post a Comment