Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Monday, June 14, 2010

perincian tugasan kumpulan....

PENGENALAN

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep pembelajaran berasaskan web serta kelebihan dan kelemahan menggunakannya dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan. Pembelajaran berasaskan web akan menjadi lebih mudah dan bermakna sekiranya dilaksanakan dengan betul dan sistematik.
Pembelajaran elektronik sebegini memerlukan kepada penyediaan kelengkapan dan peralatan tertentu seperti komputer, talian telefon dan internet dan sebagainya. E- pembelajaran memerlukan rangkaian komputer (Computer Networking). Sistem rangkaian komputer menjadikan suasana pembelajaran lebih kreatif, menarik serta mudah untuk kerana para pengguna mampu berkongsi maklumat yang terkandung di dalam rangkaian tersebut.
Pembelajaran dalam bentuk begini juga mampu menggabungkan media penyampaian dalam pelbagai format meliputi teks, audio, grafik, animasi dan penggunaan video dengan aplikasi teknologi terkini untuk menghasilkan sesuatu pengajaran. Rangkaian antara peralatan-peralatan tersebut dan alat telekomunikasi membolehkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai mampu berkongsi manfaat.
Menurut Bullen M (2001), penggunaan laman web (WWW) mula diperkenalkan sejak lebih lima belas tahun yang lalu, tetapi penggunaan alat telekomunikasi dalam pembelajaran bermula sejak kira-kira sembilan tahun yang lalu.

1.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengupas lebih lanjut tentang konsep pembelajaran yang berasaskan web. Selain itu, kajian dijalankan bagi mengetahui sejauh mana kebaikan dan keburukan penggunaan web dalam pembelajaran dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

2.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini akan lebih memfokuskan tentang kebaikan dan keburukan pembelajaran berasaskan web terhadap mahasiswa dan mahasiswi di universiti.

3.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Antara kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini ialah kaedah ke perpustakaan dan kaedah soal selidik.

4.0 HASIL KAJIAN

4.1 Pendahuluan
Para pengguna hanya memerlukan pengetahuan asas dalam komputer untuk menggunakan web dan seterusnya berhubung dengan serata dunia. Selain itu, ia adalah alatan internet yang sangat popular kerana fungsinya yang membolehkan internet dilayari dengan lebih mudah.
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana dapat menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebut secara maksimum. Antara teori yang mendasari pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick dan Carey (Rapidah 2002). Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini.
Dalam pembelajaran bercorak konvensional, pelajar cepat berasa bosan kerana pelajar mempunyai tingkat kepandaian yang berbeza dan tidak memberi tumpuan perhatian serta tidak memahami apa yang dipelajari. Penggunaan laman web dalam pembelajaran akan memberikan peluang kepada pelajar untuk memilih waktu yang sesuai untuk belajar disamping memberi peluang kepada pelajar belajar dengan suasana pembelajaran yang bebas mengikut tahap kemampuan sendiri. Selain daripada itu, konsep pembelajaran kendiri dapat diwujudkan dalam memperoleh maklumat yang terbaik. Penggunaan web dapat menarik minat pelajar kerana web mempunyai unsur-unsur multimedia iaitu teks, grafik, animasi, video dan audio.

4.2 Definisi

4.2.1 Pembelajaran
Proses yang memerlukan latihan dan juga usaha untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan (Sharifah Alawiyah. 1998).
Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah satu proses perubahan terhadap tingkah laku manusia yang dipengaruhi oleh pengalaman. Pembelajaran meliputi tiga aspek utama iaitu antaranya ialah tingkah laku atau behaviorisme, pembelajaran sosial dan kognitif.
Menurut Crow dan Crow (1980), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang progresif. Dalam masa yang sama, individu akan bertindak balas terhadap sesuatu situasi atau pelbagai situasi dalam usaha untuk menyatakan tingkah lakunya secara berkesan kapada permintaan yang dibuat terhadapnya.

4.2.2 Web
Web merupakan salah satu kemudahan yang terdapat dalam internet yang telah diterbitkan dan dipromosikan oleh pihak-pihak tertentu.
Selain itu, ia adalah alatan internet yang sangat popular kerana fungsinya yang membolehkan internet dilayari dengan lebih mudah. Para pengguna hanya memerlukan pengetahuan asas dalam komputer untuk menggunakan web dan seterusnya berhubung dengan serata dunia.
Pada tahun 1993, dianggarkan terdapat 4000 laman web yang berdaftar diseluruh dunia dan jumlah tersebut meningkat kepada 118,000 pada tahun 1995 (Reddick, 1997:62).
Menurut Metzs (1999) pula, web ialah satu sistem penyebaran hypermedia. Konsep unik bagi web ialah hyperteks. Hyperteks membolehkan pengguna untuk mengakses maklumat dan melangkauinya tanpa mengira tempat dan masa.
Menurut Chowdury (1999), web adalah contoh perpustakaan digital yang disignifikan dan dinamik.
Secara kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web dapat dirumuskan sebagai pembelajaran melalui alam maya yang mempunyai pelbagai pendekatan dan kaedah untuk membantu dalam proses pembelajaran.

4.2.3 World Wide Web (WWW)
World Wide Web adalah alatan internet yang popular kerana ia membolehkan internet dilayari dengan lebih mudah. Pengguna hanya memiliki sedikit pengetahuan asas dalam komputer untuk menggunakan web dan seterusnya berhubung dengan serata dunia. Pada tahun 1993, dianggarkan terdapat 4000 laman web yang berdaftar di seluruh dunia dan ini meningkat kepada 118,000 pada tahun 1995 (Reddick, 1997:62).
Reddick (1997:62) menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan laman web popular antaranya ialah:
i. Antara muka yang dipaparkan pada skrin mempunyai pautan kepada laman-laman web yang lain.
ii. Keluasan cakupan maklumat yang ditawarkan.
iii. Banyak syarikat mempercayai bahawa internet dan web mekanisma penting untuk mengendalikan bisnes.
iv. Menarik dan cekap untuk digunakan (Reddick 1997:62).

Melalui web pengguna boleh menemui pelbagai maklumat menarik sama ada dalam bentuk teks dan juga gambar seperti peta, kartun, animasi, foto, bunyi dan klip video. Web juga menyediakan akses yang memudahkan dengan alatan pelayaran internet yang lain seperti Gopher, veronica, jughead, archie dan ftp. Web adalah seumpama kotak peralatan internet yang mengandungi segala peralatan yang diperlukan untuk mencari dan menyampaikan pelbagai maklumat (Reddick 1997:62).

4.3 Strategi Dan Kaedah Dalam Pembelajaran
Menurut Mohd Arif dan Rosnaini (2008), terdapat strategi dan kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah:
4.3.1 Pembelajaran Konstruktivisme
Pelajar membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan membuat perbandingan antara maklumat yang baru diperolehi dengan pengalaman yang sedia ada. Mengambil masa yang lama tapi ia berkesan untuk ingatan jangka masa panjang. Pelajar juga berpeluang untuk mengaplikasikan idea yang baru untuk menguji kesahihannya.

4.3.2 Pembelajaran Kontekstual
Kaedah yang menggabungkan antara isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Melibatkan aktiviti secara konkrit iaitu hands-on dan mind-on.

4.3.3 Pembelajaran penemuan
Dalam kaedah pembelajaran penemuan ini, ia berkait rapat dengan kaedah menyoal. Ini kerana persoalan yang ditimbulkan dari sifat ingin tahu pelajar akan membawa kepada pembelajaran penemuan. Pembelajaran penemuan menggalakkan pelajar bertanya soalan dan mencadangkan jawapan mereka sendiri dan kemudiannya memurnikannya semula setelah mendapat pengalaman baru. Ini bermaksud pembelajaran penemuan ini melibatkan pertanyaaan, tekaan dan percubaan.

Pembelajaran penemuan juga besifat aktif. Ia memupuk sikap ingin tahu dan membuatkan pembelajaran tersebut bersifat lebih personal kerana tanggungjawab diberi kepada pelajar untuk mencari dan memahami sendiri pembelajaran tersebut. Kesan pembelajaran penemuan sebenarnya menjadikan seseorang pelajar itu sebagai seorang ahli konstruktivisme. Ini kerana pelajar tersebut akan mengatur sendiri pembelajarannya dan membuat keputusan yang perlu dalam menilai dan memberi maksud terhadap maklumat yang didapatinya. Sebagai panduan Theroux (2001) telah mengenal pasti langkah-langkah berikut apabila menggunakan strategi ini;
i. Mengenal pasti dan memberi fokus kepada topik
ii. Membina persoalan kajian
iii. Merancang pelan atau jadual tindakan
iv. Mengumpul dan mengorganisasi maklumat
v. Menganalisis dan menilai data
vi. Mensintesis data
vii. Mengapliaksi bentuk mencari penyelesaian
viii. Membuat persembahan
ix. Menilai
Langkah-langkah yang telah dicadangkan tersebut dengan jelas turut melibatkan proses mental dan aplikasi kemahiran berfikir. Oleh itu, untuk menggalakkan pembelajaran kaedah ini, pelajar harus terlebih dahulu faham akan konsep asas sesuatu maklumat sebelum ia boleh meneroka lebih jauh lagi.

4.3.4 Pembelajaran Anjal/fleksibel
Pembelajaran anjal dilaksanakan khas untuk memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran anjal bermaksud berlaku apabila pelajar tidak terikat dengan faktor masa, tempat atau arahan semasa pembelajaran berlaku. Dari segi masa, pelajar tidak semestinya menghabiskan sesuatu tugas dalam masa yang sama. Semasa kelas berlangsung juga, pembelajaran anjal boleh bermaksud pelajar dibenarkan bergerak ke kumpulan lain atau rakan sebaya untuk mendapatkan bantuan atau memberi bantuan. Instruksi yang diberi oleh guru pula bukan bersifat mengikat atau membataskan pembelajaran pelajar. Malah pelajar digalakkan untuk bertanggungjawab menyelesaikan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang berpatutan.
Selain dari itu, pembelajaran anjal juga bermaksud ia boleh menampung keperluan individu untuk belajar mengikut kadar sendiri. Startegi ini memberi kesempatan kepada pelajar untuk meneroka maklumat-maklumat yang diberi mengikut keselesaan mereka. Dengan ini, ia dapat mengukuhkan kefahaman mereka apabila mereka tidak terikat dengan masa untuk memahirkan diri dengan kandungan pembelajaran. Dengan ini, pembelajaran anjal juga adalah selari dengan pembelajaran kendiri.

4.3.5 Pembelajaran Aktif
Pembelajaran aktif menggalakkan pelajar meneroka dan mendalami sendiri maklumat yang ada. Interaktiviti atau pembelajaran aktif berlaku apabila pelajar bertindak balas terhadap maklumat yang disediakan dan memahaminya dan membina maksudnya sendiri berdasarkan tindak balas tersebut. Ia berkaitan dengan pandangan ahli konstruktivisme yang mengatakan pelajar membina maksud dengan meneroka sendiri persekitaran pembelajarannya, menyelesaikan masalah ataupun mengaplikasikan pengetahuannya kepada situasi baru. Aktiviti-aktiviti seperti menyoal, menyumbang idea, membuat persembahan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan adalah antara contoh pembelajaran aktif.
Pembelajaran aktif ini wajar digalakkan pada setiap masa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pembelajaran berlaku apabila pelajar melibatkan diri dari awal dalam proses pembelajaran mereka, sikap bertanggungjawab akan dipupuk dengan sendirinya. Pelajar berasa selesa serta yakin dan memberi ruang kepada mereka untuk turut menyumbang pendapat mereka atau melibatkan diri dalam pengajaran tersebut.

4.4 Strategi penggunaan laman web dalam pembelajaran.
Merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat dalam membuat penyelesaian untuk mengakses maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi (Rosenberg 2000). Proses pembelajaran yang berasaskan web akan menjadi lebih bermakna jika dilaksanakan dengan betul dan sistematik.

Terdapat pelbagai maklumat yang akan diperolehi melalui penggunaan web. Malah penggunaannya juga tidak terhad, memudahkan pelajar mencari maklumat mengikut kesesuaian masa masing-masing (Arif Ismail dan Rosnaini Mahmud. 2008).

Antara strategi perlaksanaan web dalam pembelajaran ialah seperti mengadakan sesi pembelajaran di makmal yang mempunyai talian internet. Dengan bantuan guru pelajar mengakses maklumat melalui laman web yang berkaitan dengan panduan dan pantauan daripada guru. Setelah selesai mencari maklumat, guru boleh memberikan latihan kepada pelajar berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Seterusnya ialah pelajar mengakses laman web dengan sendiri sama ada di sekolah, rumah atau di mana-mana sahaja. Melalui cara ini pelajar dapat mengukuhkan lagi pengetahuan mereka tentang pembelajaran yang telah dipelajari di sekolah. Mereka juga meminta ibu bapa untuk turut serta dalam pencarian maklumat tadi.

No comments:

Post a Comment