Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Tuesday, June 15, 2010

sambungan Kelemahan Pembelajaran Berasaskan Web

4.7 Kelemahan Pembelajaran Berasaskan Web

Setiap aplikasi pembelajaran mempunyai kelemahan yang tersendiri. Terdapat beberapa kelemahan pembelajaran berasaskan web yang dikenalpasti dan disenaraikan seperti berikut:
i. Terdapat pelbagai program penyemak lewa (browsers) dan pelantar yang mempunyai paparan yang berlainan, kadang kala menyebabkan keputusan yang akan diperolehi bercanggah dengan yang terdapat di laman web sebenar.
ii. Pengguna yang mengawal paparan skrin boleh merosakkan sesebuah fail kerana berkuasa mengganggu reka bentuk taip muka fon, saiz fon, latar belakang, warna dan sebagainya.
iii. Masa yang lama diperlukan untuk menghantar dan memaparkan fail teks dan imej yang besar melalui Internet atau LAN (Local Area Network).
iv. Penentuan undang-undang hakcipta terpelihara dalam laman jejaring juga tidak tetap.
Pengguna berhak melakukan atau mengakses apa sahaja yang diinginkan termasuk pergi ke laman-laman prono kerana tiada sekatan atau kawalan dari mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment