Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian, serta kaedah penjagaan kesdihatan menurut Islam. Peyelidik juga akan mengemukakan cadangan untuk memberi kesedaran kepada pembaca.
Menurut Nor Atiqah Ghazali (2003), menyatakan bahawa Islam menitikberatkan tentang kesihatan. Manusia yang mempunyai kesihatan yang baik, akan memudahkannya untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Disamping itu juga, manusia yang mempunyai kesihatan yang baik akan dapat menjaga imej dan ketrampilan dirinya. Selain itu, orang yang tidak mempunyai kesihatan yang baik wajahnya akan kelihatan suram dan tidak ceria. Berwajah suram dan tidak ceria akan mengakibatkan seseorang itu kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.
Diantara kesihatan yang baik ialah berpunca dari kebersihan diri, menjauhkan diri daripada gejala tidak sihat seperti budaya melepak, merokok, menghisap dadah dan sebagainya.
Kesihatan yang baik juga adalah anugerah dari Allah S.W.T dan merupakan nikmat dari Allah S.W.T. Orang yang memiliki kesihatan yang baik perlulah bersyukur kepada Allah S.W.T. Dan Allah S.W.T sendiri telah menuntut dan mengajar manusia agar menjaga kesihtannya. Begitu juga Rasulullah SAW, baginda juga sering mengingatkan kita agar menjaga kesihatan. Orang yang menjaga kesihatan akan mendapat pahala dari Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Makan dan minumlah dari yang baik-baik, tapi jangan melampui batas”.(Al-A’raf:31)
2.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui langkah-langkah penjagaan kesihatan menurut Islam. Antara bentuk kajian yang akan dikaji ialah definisi bagi tajuk ini, kaedah penjagaan kesihatan, punca-punca terjadinya penyakit, larangan-larangan dalam pemakanan, serta pencegahan penyakit terhadap kesihatan. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat supaya menjaga kesihatan diri mereka dengan baik dan sempurna.
3.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini telah menerangkan tentang kaedah-kaedah penjagaan kesihatan menurut Islam. Skop kajian ini tertumpu kepada pihak pembaca untuk membaca setiap hasil karya yang dihasilkan oleh penulis.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat antaranya ialah melalui resensi dari perpustakaan. Bahan-bahannya terdiri daripada buku, artikel, jurnal dan majalah.
5.0 HASIL KAJIAN
5.1 Pendahuluan
Tujuan manusia dihidupkan oleh Allah S.W.T adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya serta melakukan segala perintah yang telah ditetapkan di dalam ajaran agama Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hidup di dunia ini adalah tanam-tanaman( untuk dipetik hasilnya di) akhirat).
Oleh itu, badan dan fizikal yang sihat amat penting bagi setiap orang Muslim dalam melaksanakan segala kewajipan yang diperintahkan oleh-Nya. Badan yang sihat juga akan dapat membina kecerdasan akal yang sangat penting untuk berfikir secara relevan dan merancang demi masa depan agama Islam.
5.2 Dapatan kajian daripada resensi kepepustakaan
5.2.1 Definisi Kesihatan
Menurut Zulekha Yusoff (2006), menyatakan bahawa penjagaan kesihatan merupakan sebahagian daripada tujuan syariat. Pelaksanaan syariat Islam bertujuan menjaga agama, nyawa atau jiwa, harta, akal, dan keturunan. Menjaga kebersihan dan kesuciaan juga merupakan perkara asas dalam penjagaan kesihatan dan separuh daripada keimanan seseorang itu.
Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang mendapat tempat utama dalam falsafah pengajaran Islam. Islam bukan sahaja mengatur kehidupan manusia dan menjelaskan tujuan hidupnya bahkan juga menjelaskan mengapa kita harus hidup sihat dan mengatur kesihatan umat manusia itu. Selain dari diri yang sihat, sihat juga tergolong dari segi sihat rohani dan jasmani.
Di samping itu, kesihatan ini boleh ditakrifkan sebagai sebesar-besar anugerah yang di berikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Oleh itu, orang yang telah dikurniakan nikmat kesihatan haruslah menjaga dan memeliharanya agar tidak lenyap begitu sahaja.
Pengertian:
Sihat: Sihat berasal dari bahasa Arab, secara etimologis adalah selamat dari cacat cela sementara al-sihhah juga bererti benar dan sesuai dengan kenyataan. Perkataan sihat sudah mencerminkan selamat daripada segala cacat dan kekurangan.
Sakit: Musibah sakit atau penyakit yang dideritai oleh seseorang pesakit hakikatnya adalah suatu cubaan Allah S.W.T bagi hamba-Nya kerana Allah S.W.T menghendaki kebaikan bagi si hamba.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. (Surah Al-Anbiya : ayat 35).
5.2.2 Kategori kesihatan meliputi kesihatan rohani dan jasmani
Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. (Surah Al-Anbiya : ayat 35).
5.2.2 Kategori kesihatan meliputi kesihatan rohani dan jasmani
Kategori jenis penyakit terbahagi kepada dua iaitu :
- Lahir: berlaku pada anggota lahiriah
- Batin: berlaku atas rohani atau jiwa manusia.
Kita boleh mengambil manfaat dari cara Rasulullah SAW dalam penjagaan kesihatan yang ilmiah dengan memperhatikan faktor makanan dan memelihara kesihatan dengan tatacara atau pola pemakanan yang sihat dan teratur.
Begitu juga dengan bersikap berhati-hati terhadap makanan dan minuman yang membahayakan kesihatan. Kerana sesungguhnya kesempurnaan kesihatan adalah merangkumi kesihatan jasmani dan rohani dengan mengikuti petunjuk-petunjuk Islam yang dipraktikkan oleh Nabi SAW. Sebagaimana sabda Rasulluah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang sihat badannya, tenteram hatinya, mempunyai persediaan makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dunia ada di tangannya.”
Mencegah penyakit rohani dan jasmani yang menular di kalangan masyarakat manusia hanya boleh dilakukan dengan menutup pintu-pintu kerosakan yang menjadi agen merebaknya berbagai-bagai jenis penyakit.
Tambahan lagi, penyakit yang membawa kepada kerosakan perlu dicegah dari awal-awal lagi. Umpamanya berzina merupakan suatu dosa besar dalam agama Islam. Ajaran agama Islam telah mewajibkan seluruh umat Islam supaya menutup aurat, mengharamkan pergaulan bebas dan sebagainya. Begitu juga, di bidang perubatan penyakit zahir turut membawa kepada penyakit rohani. Sebagaimana terdapat kata-kata pujangga mengatakan bahawa
“Pencegahan lebih baik daripada pengubatan”.
Tiga tujuan utama Allah S.W.T memberikan penyakit pada seseorang antaranya :
i. Penghapusan dosa, rahmat dan peningkatan darjat
ii. Memberikan keinsafan
iii. Kutukan Allah S.W.T.
5.2.3 Kaedah Penjagaan Kesihatan.
Menurut Zulekha Yusoff (2006), terdapat beberapa kaedah menjaga dan mengekalkan kesihatan yang dianjurkan oleh Islam ialah:
i. Menjauhkan diri daripada perkara yang diharamkan dan memudaratkan serta membahayakan kesihatan seperti arak, dadah dan racun.
ii. Mendapatkan keperluan hidup dalam bentuk yang halal dan berkualiti iaitu mendapatkan makanan daripada sumber yang halal seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
iii. Melakukan keperluan hidup yang sederhana iaitu melakukan sesuatu tidak secara berlebihan seperti makan secara sederhana dan tidak berlebihan.
iv. Mendapat dan melakukan keperluan hidup pada masa yang sesuai seperti mengurus tidur dengan baik dan teratur serta tidak tidur di waktu yang tidak digalakkan kerana dibimbangi mewarisi sesuatu penyakit.
5.2.4 Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Menurut Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang (1999), menyatakan bahawa gaya hidup sihat sebagai usaha menunjang keadaan sihat sebagai amalan sehari-hari dapat dilakukan dalam berbagai aspek anataranya adalah seperti berikut:
i. Aspek sanitasi dan kesihatan diri
Merangkumi kebersihan halaman rumah, parit dan longkang dan lain-lain sikap hidup kita dalam menjaga tubuh seperti membersihkan rambut, memotong kuku, tidak merokok dan sebagainya.
ii. Aspek Efidimiologi (Pencegahan penyakit berjangkit )
Bagi mencegah penyakit menular, seseorang mesti menghindari suatu kawasan yang terjangkit sesuatu penyakit, mencuci tangan sebelum dan sesudah menjenguk orang sakit, mendapatkan nasihat doktor dan mengikuti semua petunjuk dan pencegahannya.
iii. Makanan berkhasiat
Mengamalkan pemakanan secara Islam baik dari segi variasi, kualiti,kuantiti dan susunan serta struktur makanan yang bermanfaat bagi jasmani dan rohani, makan secukupnya serta menghindari makanan yang diharamkan.
iv. Pemeliharaan kesegaran jasmani
Meliputi usaha menjaga kesegaran tubuh jasmani melalui latihan-latihan fizikal seperti olahraga,senaman dan sebagainya dengan tujuan untuk mempertahankan kesihatan jasmani.
v. Kesihatan mental
Menjaga kesegaran mental dan mencegah kemungkinan terjadinya kegawatan pemikiran daripada ketegangan, depresi mental dan lain-lain sehingga dapat diperolehi sikap sabar dan tawakal dalam menghadapi berbagai permasalahan yang mendorong seseorang berfikir secara tidak rasional dan mengarah kepada perasaan putus asa, kehilangan kepercayaan diri atau melakukan kezaliman.
vi. Kesihatan dan keselamatan kerja
Merangkumi usaha menjaga kesihatan dan keamanan di lingkungan kerja, baik kesihatan dan keamanan fizikal.
vii. Kesihatan seksual
Bermaksud menjaga kesihatan proses keperluan seks, dari satu sudut dilihat sebagai usaha menjalankan fitrah manusia dalam melangsungkan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.
viii. Kesihatan ibu dan anak
Pemeliharaan kesihatan ibu secara umum, kesihatan ketika hamil dan sedang menyusui dan tidak dibebani dengan tugas-tugas yang berlebihan.
ix. Amalan bersenam
Merupakan satu cara yang menyihatkan dan menguatkan tubuh badan seseorang. Senaman juga adalah satu tuntutan dalam Islam. Sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“Orang Mukmin yang gagah lebih baik dan lebih dikasihi Allah S.W.T daripada orang Mukmin yang lemah.”(Riwayat Muslim)
x. Mengamalkan diet yang seimbang
Mengambil makanan mengikut apa yang telah ditetapkan seperti makan makanan yang memberikan zat kepada tubuh badan kita.
5.2.5 Punca-punca terjadinya penyakit.
Bagaimanakah seseorang itu dapat solat bila berpenyakit, berpuasa bila tubuhnya tidak kuat, pergi haji bila tubuhnya tidak sakit dan tidak pula sanggup untuk mencari wang buat belanja pergi haji. Bahkan jika dikaji dengna teliti dari sudut kesihatan dan kedoktoran mengenai beberapa perintah pengajaran Islam, kita akan nampak betapa besarnya Islam memandang soal kesihatan ini.
Menurut Zulekha Yusoff (2006), kesihatan akan diperolehi jika manusia dapat menciptakan hubungan yang baik dengan Allah S.W.T dan mampu menciptakan keharmonian sesama manusia dan alam. Terdapat sebab atau punca yang mempengaruhi sakit dan sihat seseorang. Antara sebab-sebab manusia sakit ialah ingkar dengan Tuhan. Manusia yang ingkar dengan suruhan Allah S.W.T serta melanggar larangan-Nya akan ditimpa penyakit seperti penyakit AIDS yang sekarang ini menjadi masalah besar masyarakat dunia disebabkan oleh manusia itu sendiri yang selalu melanggar peraturan Allah S.W.T.
Justeru itu, bermusuhan dengan makhluk merupakan salah satu punca terjadinya sesuatu penyakit. Bencana yang menimpa manusia seperti pncemaran udara, air dan persekitaran boleh menyebabkan terjadinya beberapa penyakit. Sikap manusia yang memandang remeh terhadap penjagaan persekitaran telah menggangu ekosistem kehidupan alam ini. Selain itu, punca penyakit juga adalah disebabkan oleh makhluk halus sama ada syaitan atau jin. Caranya ialah dengan merosakkan organ tubuh atau meresap ke dalam jiwa yang dipanggil kerasukan.
Disamping itu, udara dan persekitaran yang bersih sangat penting kepada kesihatan manusia. Persekitaran yang bersih akan menjamin kesihatan dan akan menjauhkan penyakit. Sampah-sarap, sistem pengairan, tandas hendaklah dijaga dengan baik kerana sekiranya perkara-perkara ini berada dalam keadaan kotor akan mendtangkan pencemaran udara dan persekitaran yang seterusnya merebakkan penyakit.
Sepertimana, perkara yang menyebabkan penyakit adalah makanan dan minuman. Banyak penyakit yang dihidapi oleh manusia dewasa ini berpunca daripada makanan seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, cirit-birit dan gastrik. Sebaliknya, memang tidak dinafikan bahawa gangguan emosi atau rohaniah akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang. Agak sukar memastikan penyakit yang dideritai oleh pesakit jiwa, tetapi sebenarnya dalam jiwa yang bergelombang, resah, gelisah, cemas, takut, berangan-angan tinggi dan sebagainya akan menimbulkan berbagai gejala yang buruk pada urat saraf yang boleh muncul sebagai skait jasmani.
5.2.6 Larangan-larangan dalam pemakanan
Menurut Amina Noor dan Kamilarini Kamalsha (2008), menyatakan bahawa jangan mencampurkan makanan yang boleh membawa kemudaratan. Dengan pencampuran itu boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri. Justeru itu, Rasullullah SAW menyarankan bahawa beliau tidak pernah sekali mencampurkan di antara susu dan ikan, di antara susu dan makanan yang mempunyai bahan-bahan asid, di antara dua jenis makanan yang mempunyai unsure-unsur panas, di antara susu dengan telur, di antara daging dengan susu, di antara makanan yang dipanggang dengan api dengan yang dimasak (secara biasa).
Bahkan juga, Ibnu Qaiyim r.h berpendapat bahawa minum minuman yang berkhasiat iaitu dalam suatu minuman yang terhimpun padanya kemanisan asli dan kesejukan air, adalah antara minuman yang paling bermanfaat untuk badan. Disamping itu, kita dilarang tidur selepas makan. Ini kerana terdapat dalam sebuah Hadis ada meriwayatkan:
“Rasulullah SAW melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati.” (Riwayat Abu Nuaim).
Sehubungan dengan itu, bagi penghisap rokok turut dilarang daripada merokok kerana ianya jelas membawa kepada kemudaratan kesihatan badan. Seperti yang kita semua ketahui merokok boleh membawa kepada penyakit kanser, barah paru-paru, batuk kering (tibi) dan lain-lain. Kesannya walaupun tidak secara tiba-tiba tetapi tetap membawa kebinasaan. Hukumnya haram. Seseorang itu dilarang melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya
Selain itu, kita juga dilarang makan atau minum dari sesuatu yang boleh memabukkan seperti contoh yang biasa kita semua maklum iaitu minuman arak. Arak merupakan ibu segala kejahatan. Dimana kita sebagai umat Islam sangat ditegah dalam peminuman tersebut. Ianya tergolong dalam dosa-dosa besar. Oleh itu, sebagai umat Islam yang diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya menjauhkan setiap perkara yang dilarang dalam ajaran agama Islam untuk keharmoniaan hidup sejagat.
5.2.7 Pencegahan Penyakit
Menurut Zulekha Yusoff (2006), menyatakan mengenai Islam melarang mengambil sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan. Oleh yang demikian, Islam melarang perkara-perkara berikut:
i. Menghampiri zina dan hubungan seks bebas, untuk mencegah penyakit-penyakit seperti AIDS, sifilis dan penyakit kelamin yang lain.
ii. Mengambil makanan dan minuman yang diharamkan serat mendatangkan kemudaratan seperti minum arak, khinzir, dadah dan sebagainya.
iii. Memasuki dan keluar dari tempat yang terdapat wabak penyakit.
iii. Memasuki dan keluar dari tempat yang terdapat wabak penyakit.
Pencegahan: (menjaga makanan dan sistem pemakanan)
- Makan makanan yang halal dan baik
- Makan ikut kaedah yang ditentukan
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran
- Jauhi tempat-tempat yang berpenyakit
- Berdoa dengan maksud untuk menjauhkan penyakit
- Perubatan rohani terbahagi kepada dua iaitu:
i) Merujuk kepada penyembuhan secara kerohanian atau etika atau psikologi untuk penyakit-penyakit yang mungkin dalam bentuk kebatinan atau kejiwaan.
ii) Kepercayaan bahawa penyakit terutamanya sakit otak atau gila disebabkan oleh kuasa roh yang ghaib.
Walaubagaimanapun, terdapat cara pencegahan yang lain iaitu persekitaran merupakan faktor ketiga yang boleh menyebabkan penghidapan-penghidapan jiwa pada diri seseorang. Maksud persekitaran disini ialah seseorang itu dapat mengawal struktur diri agar tidak mengidapi kekacauan jiwa atau emosi walaupun latar belakang keluarga mereka mengidapi penyakit jiwa. Sebaliknya, jika masalah-masalah emosi itu diabaikan maka ini memberi kesempatan yang cerah bahawa masalah-masalah itu akan semakin bertambah kusut sehingga akhirnya akan menimbulkan ketegangan jiwa dan kekacauan emosi.
Pencegahan bertujuan mengekalkan kesihatan yang sedia ada. Ianya merupakan satu kaedah penjagaan kesihatan yang amat baik kerana keenganan manusia dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T boleh menyebabkan terkena penyakit.
6.0 CADANGAN
Perbincangan di bawah adalah cadangan-cadangan yang didapati oleh penyelidik daripada dapatan kajian yang telah dilakukan. Antaranya ialah mengenai kesihatan yang mesti dititikberatkan oleh semua golongan tidak kira tua mahupun muda. Perkara utama yang mesti diingatkan oleh semua manusia adalah mengutamakan kesihatan diri untuk hidup sihat dan sejahtera sepanjang hari serta mengelak daripada terkena sebarang jenis penyakit yang sukar diubatinya.
Disamping itu, golongan yang terbabit untuk memberi galakan dan dorongan adalah suadara terdekat itu sendiri bagi mengingati antara satu sama lain supaya lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan dan minuman setiap hari. Ini menunjukkan bahawa pemilihan makanan dalam kehidupan seharian sangat penting bagi mencegah daripada terjadinya pelbagai penyakit yang tidak diingini. Makanan yang segar dan halal turut memainkan peranan penting bagi seseorang individu untuk menikmati setiap apa yang ingin dilakukannya.
Selain itu, terdapat juga cadangan daripada penyelidik supaya menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang. Tujuan penyediaan kemudahan ini dilakukan adalah salah satu bentuk bagi semua golongan tanpa mengira bangsa untuk bersama-sama melakukan senaman sepanjang hari. Dengan adanya pusat kemudahan ini, kemungkinan masyarakat akan mudah untuk melakukan senaman bagi menyihatkan tubuh badan.
Oleh itu, daripada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi daripada resensi perpustakaan yang dijalankan, penyelidik dapat memberi kesedaran kepada pembaca agar lebih bersikap prihatin terhadap diri sendiri dan tidak ketinggalan juga insan yang mereka sayang supaya lebih peka dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap penjagaan kesihatan ini. Dengan itu, penyelidik turut memberi saranan supaya jagalah kesihatan diri untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat serta otak yang cergas sepanjang hari.
Disamping itu, dengan terhasilnya kajian yang dilakukan oleh penulis ini diharap pembaca boleh mengubah cara hidup mereka masing-masing untuk tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap kesihatan.
7.0 Rumusan kajian
Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, penyelidik dapat merumuskan bahawa objektif kajian telah dapat dicapai iaitu penyelidik dapat menerangkan mengenai kaedah penjagaan kesihatan menurut Islam terhadap pembaca. Kesemua keterangan yang diberikan dapat membangkitkan kesedaran terhadap pembaca agar bersikap positif terhadap penjagaan kesihatan sepertimana yang diterangkan di hasil kajian diatas ini.
8.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kertas kerja ini telah membincangkan mengenai tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian, hasil kajian dari resansi keperpustakaan serta cadangan yang telah dikemukakan diatas ini. Dengan ini, keseluruhan objektif kajian telah dapat dicapai.
Sehubungan itu, daripada hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik dapati semua golongan mestilah menjaga kesihatan diri supaya tubuh badan kita terhindar daripada segala jenis penyakit yang berjangkit. Justeru itu, di dalam kehidupan ini kita sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan yang harmoni.
Tambahan lagi, menjaga, mengawal dan mencegah penyakit adalah satu keperluan dalam kehidupan ini. Walaupun kesihatan sudah dijaga dengan baik, tetapi masih juga terkena penyakit, maka semua yang berlaku ini adalah sebagai ujian atau dugaan daripada Allah S.W.T dan sebagai kifarat (penghapusan dosa). Kita sebagai manusia di muka bumi ini perlulah sentiasa menitikberatkan soal kesihatan dalam diri masing-masing.
Oleh itu, penyelidik berharap dengan terhasilnya penulisan ini dapat memberi kepercayaan kepada pembaca bahawa penjagaan kesihatan merupakan perkara penting dalm kehidupan ini dan menjadikan sebagai panduan di masa akan datang.
9.0 RUJUKAN
Al-Quran dan terjemahannya. 2002. (Al-A’raf:31) Damsyik: Darul Makrifah
Al-Quran dan terjemahannya. 2002. (Surah Al-Anbiya: ayat 35).Damsyik: Darul Makrifah
Abu Bakar Abdul Majeed & Abu Bakar Yang. 1999. Konsep dan Operasi Perubatan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Perniagaan Normahs.
Ali Mu’nis. 1995. Pengubatan Cara Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd.
Amina Haji Noor. 2001. Hikmah Menjaga Kesihatan Diri. Kuala Lumpur: Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd.
Amina Noor & Kamilarini Kamalsha. 2008. Panduan Kesihatan & Kecantikan Menurut Islam Sihat Fizikal & Mental. Kuala Lumpur: Al-Risalah Product SDN. BHD.
Abu Hassan Ali. 2006. Kesihatan Dalam Konteks Islam. Selangor: Penerbitan Dar Hakamah/ Dar Bariyazi.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. 2005. Penjagaan & Rawatan Kesihatan Secara Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.
Luqman Hakim. 2002. Tips Penjagaan Makanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers Ilmu Cahaya Kehidupan.
Nor Atiqah Ghazali. 2003. Petua kesihatan. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Wan Mohd. Nor Wan Daud & Shahrul Amar Abdullah. 1992. Kesihatan dan Perubatan Dalam Tradisi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zulekha Yusoff, Asmak Ali, Maznah Daud, Farahdina Abd Manaf, Noor Salwati Sabtu & Mazlah Yaacob. 2006. Sains Kesihatan Dalam Tamdun Islam. Kuala Lumpur: Pusat Penerbitan Universiti(UPENA),UiTM.
by:faradibana
No comments:
Post a Comment