Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Tuesday, June 15, 2010

sambungan perincian cadangan, rumusan dan penutup....


5.0 CADANGAN

5.1 Memperbaiki reka bentuk laman web
5.2 Laman web lebih bercirikan pembinaan pengetahuan yang berpusatkan pelajar dan berinteraktif.
5.3 Laman web lebih sesuai digunakan untuk pembelajaran yang berpusatkan pelajar iaitu konsturktivisme, berbanding pembelajaran yang berpusatkan guru.
5.4 Penyelarasan capaian web dan penyemak lewa perlu dilakukan untuk mengelakkan capaian ke web yang tiada kaitan.
5.5 Peruntukan masa ditetapkan samada di pusat pengajian atau di rumah.



6.0 RUMUSAN

Hampir keseluruhan responden mengakui pembelajaran berasaskan web banyak kelebihan berbanding kelemahan. Antara kelebihannya:
- Memudahkan proses pembelajaran dan memudahkan untuk mengakses maklumat.
- Meluaskan jaringan perhubungan dan komunikasi dua hala.
- Menjimatkan masa dan kos pembelajaran.
- Dapat membina pengetahuan baru dan menguji kesahihannya.

Manakala aspek kelemahan yang paling ketara ialah:
- Masa akan lebih banyak dihabiskan di hadapan komputer.
- Kepelbagaian penyemak lewa dengan paparan yang berbeza, akan menyebabkan timbulnya kekeliruan dan percanggahan pendapat.



7.0 PENUTUP

Daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik-penyelidik dapat menyimpulkan bahawa pembelajaran melalui web mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahannya. Namun, kelebihan yang dimiliki perlulah dihargai dan diaplikasikan dengan cara yang sistematik dan betul untuk memudahkan serta membantu dalam proses pembelajaran.

Kelebihan yang terdapat dalam pembelajaran berasaskan web merupakan bonus kepada pelajar untuk menggunakannya. Antara kelebihan yang paling jelas terbukti ialah penggunaan web akan memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat pembelajaran seterusnya menjadikan pembelajaran lebih efisien.

Selain itu, penggunaan web dalam proses pembelajaran dapat melahirkan para pelajar yang berkualiti, berfikiran terbuka dan boleh menilai maklumat yang diperolehi dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

Pembelajaran berasaskan web merupakan alternative baru dalam menyediakan pembelajaran yang lebih bermakna dan salah satu pendekatan yang amat berpotensi ialah melalui inkuiri terbimbing. Aplikasi adalah amat penting bagi memastikan pembelajaran yang lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, penggunaan web dalam pembelajaran bukan merupakan jalan mudah untuk cemerlang dalam pembelajaran. Sebaliknya, ia hanyalah sebagai suatu cara atau kaedah pembelajaran yang bertujuan untuk membatu melancarkan proses pembelajaran.

*akhirnya,,tugasan kami berjaya disiapkan dengan jayanya....ini baru draf tugasan,,penyuntingan belum dilakukan...jadi, kami akan inform semula pada anda semua hasil kajian setelah kaedah penyuntingan dan editing dijalankan...syukran..

nukilan : cahaya petunjuk n the geng :)

2 comments:

  1. teknologi pemangkin kemusnahan or pembangunan?? fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  2. teknologi pemangkin pembangunan jika digunakan dengan cara yang betul....or langkah-langkah yang betul...sebaliknya,,ia akan musnah jika disalahgunakan....

    ReplyDelete