Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Tuesday, June 15, 2010

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik..

Berdasarkan kepada jadual dan carta, penyelidik-penyelidik mendapati bahawa hampir secara keseluruhan responden mengakui bahawa pembelajaran berasaskan web mendatangkan banyak faedah. Ini kerana, pembelajaran yang berasaskan web memberikan para mahasiswa dan mahasiswi peluang untuk mencari maklumat dengan banyak untuk proses pembelajaran mereka. Di samping itu juga, mereka menyetujui bahawa penggunaan web memudahkan mereka mengakses maklumat yang hendak diperlukan dalam masa yang singkat dan menjimatkan kos. Selain dari itu, pembelajaran berasaskan web secara tidak langsung memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mengaplikasikan maklumat yang diperolehi dan membandingkannya dengan pengetahuan yang sedia ada.

Seterusnya, penyelidik-penyelidik mendapati terdapat kelemahan dalam pembelajaran yang berasaskan web. Hal ini turut diakui oleh sebilangan besar daripada rseponden. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa penggunaan web dalam pembelajaran boleh menyebabkan pelajar banyak menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini jika berlarutan akan menjejaskan kesihatan pelajar sendiri. Selain itu, terdapat segelintir pelajar menjadi malas dan suka menangguhkan sesuatu tugasan yang diberikan. Secara tidak langsung mutu pembelajaran dan prestasi pelajar akan terjejas dan merosot. Hasil daripada soal selidik yang telah dilakukan juga membuktikan responden mengakui bahawa penggunaan web dalam proses pembelajaran menyebabkan mereka kurang berjumpa dan berbincang secara bersemuka dengan tenaga pengajar.

No comments:

Post a Comment