Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Friday, June 18, 2010

Apakah El-Nino dan Asian Brown Clouds???


El-Nino
El-Nino berlaku kerana keadaan air laut pada masa itu terlampau panas dan La-Nina pula keadaan laut terlampau sejuk. El-Nino lebih kerap berlaku di negara kita berbanding La-Nina. Konsep kewujudan El-Nino adalah disebabkan oleh pengerakan angin yang lazim dari Amerika Selatan dan Lautan Pasifik yang lebih perlahan daripada arah angin yang datang dari benua Asia Tenggara iaitu dari kawasan Lautan Hindi. Angin lazim dari Lautan Pasifik ini tidak dapat mengangkut lembapan daripada Lautan Pasifik kerana ia bertiup lebih lemah berbanding dengan angin lazim dari Lautan Hindi. Oleh itu, wap air dan lembapan akan diturunkan dalam bentuk hujan dikawasan tengah lautan Pasifik dan berhampiran dengan pantai Peru dan Ecuador.

Asia tenggara terutamanya Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand pada masa terssbut adalah kering kerana ketiadaan hujan. Ketiadaan hujan ini adalah berkaitan dengan tiada lembapan udara daripada angin lazim dari arah Lautan Pasifik dan dari monsun Timur Laut. Ini menyebabkan cuaca menjadi kering dan jumlah turunan hujan berkurangan mengikut arah aliran El-Nino. Oleh kerana angin lazim dari arah Lautan Pasifik tiada, maka cuaca yang lembap turut hilang.
Udara yang kering terhasil di rantau Asia Tenggara dan akan mengalakkan kebakaran hutan dan ditambahi pada masa tersebut suku-suku kaum di Indonesia menjalankan aktiviti pembakaran tumbuhan dan hutan bagi tujuan pembersihan tapak pertanian. Musim yang panas adalah pilihan mereka kerana tumbuhan mudah terbakar. Musim kemarau yang wujud ini adalah peluang bagi mereka membersihkan tapak tetapi ia menjadi malang setelah kebakaran hutan daripada pembakaran mereka semakin merebak dan ia telah melenyapkan hutaan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Oleh itu, El-Nino yang menghasilkan kemarau ini telah menjadi pemangkin kepada kebakaran hutan akibat daripada kebakaran biomass bagi tujuan pertanian. Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini dipanggil La-Nina keadaan bertentangan dengan El-Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukan di kawasan awam yang lebih sekaligus membawa hujan lebat.
El- Nino dan La-Nina boleh dikesan melalui ujian daya cerun tekanan lautan yang terbentuk diantara dua lokasi iaitu Darwin (Australia) dan Tahili dengan menggunakan SOI.SOI ini adalh petunjuk utama bagi peramal kemunculan El- Nino dan La-Nina. Perbezaan antara dua lokasi iaitu Darwin dan Tahiti akan mewujudkan angin dan tekanan udara. Angin yyang terhasil ini akan bergerak mengikuti aras tekanan udara di sesebuah kawasan iatu dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah.

Malaysia pernah mengalami El-Nino yang teruk pada tahun 1997. Dengan kehadiran El-Nino yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun Barat Daya ( jun-Ogos) dan monsun Timur Laut (November –Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa Monsun Barat Daya ( Jun- Ogos)
Keadaan El- Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan dibawah atau atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El-Nino atau La-Nina. Selain itu, El-Nino dan La-Nina turut memberi kesan kepada penyakit berjangkit seperti kolera, enterovirus, dengi, demam kuning dan menyebabkan keracunan makanan. Kejadian El-Nino juga boleh mengakibatkan jerebu.

Asian Brown clouds
Brown clouds ialah kelompok awan yang mengandungi racun, asid dan juga habuk. Asian Brown Clouds atau awan coklat Asia pertama kali menjadi terkenal para saintis dari Amerika Syarikat, India dan Eropah menerbitkan artikel tentang Lautan India Experiment (INDOEX) dalam edisi Disember 2001 dalam jurnal Sains. Keadaan ini telah disahkan oleh NASA dalam siaran pers, nombor 04-397, yang diterbitkan pada tarikh 15 Disember 2004 yang menyatakan saintis NASA mengumumkan raksasa, awan coklat penuh di atmosfera yang terbentuk di Asia Selatan dan lautan Hindi. (The UNEP 2008) menyatakan bahawa awan coklat adalah kesan daripada pencemaran udara yang terdiri daripada zarah yang disebut sebagai aerosol primer dan gas polutan seperti oksida nitrogen (NOX), Karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (SO2), ammonia (NH3) dan berates-ratus gas dan asid organik.
Kedua-dua laporan UNEP dan artikel INDOEX menjelaskan penyebab awan coklat ialah kepadatan penduduk yang tinggi di daerah itu, pembakaran bahan api fosil dan biofel yang tidak lengkap, pembakaran biomas untuk pemanasan global. Antara kesan fenomena awan coklat ialah menggangu peredaran tenaga matahari antara permukaan planet dan atmosfera. Malah cuaca terganggu 10% cahaya tidak sampai ke bumi. Bekalan tenaga solar juga tersekat sebanyak 15%. Kitaran hujan juga berkurang sebanyak 40%. Asia brown clouds pernah melanda India, Afganistan, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan China.

post by : mis'z fieda

* rujukan- Fitrisehara Kazilan 2008. Bencana Alam: Ujian dan Balasan . Penerbitan Premier.

No comments:

Post a Comment