Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Tuesday, June 15, 2010

sentiasa berdoa pada yang Maha Esa...

Berdoalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar doa, (ya3ni) dengan penuh pengharapan dan keikhlasan. Yakinlah dengan janji-janji Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan tak sekali-kali menganiayai hamba-hambaNya.

Pernah suatu ketika di zaman Rasulullah SAW, Allah SWT telah menunjukkan kepada kita betapa Dia akan menunaikan permintaan serta doa kita sekalipun mungkin mengambil masa.

Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang sujud bersembahyang di hadapan Kaabah, orang-orang kafir Quraisy mengejek-ejek dan mempersenda Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, datang seorang menyembelih unta di Kaabah. Penyembelihan tersebut telah menarik perhatian pembesar Quraisy dan memberi idea kepada mereka untuk menghina Rasulullah SAW.

Maka, mereka saling cabar-mencabar antara mereka, siapa yang berani untuk meletakkan perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala Rasulullah SAW yang sedang sujud menghadap Allah SWT.

Ketika itu, bangunlah seorang lelaki, jiran Nabi Muhammad SAW, Uqbah Ibn Mu’it menawarkan diri.

“Aku yang akan buat,” kata Uqbah.

Tanpa ada rasa malu dan langsung tiada perasaan, Uqbah mengambil perut-perut unta tersebut dan meletakkannya di atas kepala Rasulullah SAW seperti mana yang dicabar.

Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy seterusnya ketawa terbahak-bahak sehingga bergoyang-goyang badan mereka kerana geli hati dan suka melihat apa yang dilakukan Uqbah.

Rasulullah SAW terus sujud dan langsung tidak bergerak mahupun berganjak sehinggalah anak baginda, Fatimah, lalu di situ.


Fatimah, yang tak tahan melihat keadaan ayahnya yang tercinta, terus mengalirkan air mata, menangis, dan cepat-cepat membuangkan kotoran tersebut dari kepala baginda.

Apabila Rasulullah SAW bangun dari sujudnya, baginda memerhatikan wajah setiap perbesar Quraisy yang menghina baginda. Baginda seterusnya, berdoa dengan menyebut setiap nama mereka yang ada di situ.

Mengikut cerita perawi hadis ini, setiap mereka yang disebut namanya oleh Rasulullah SAW dalam doa baginda tersebut, semua telah mati di dalam perang Badar.

Lihatlah betapa Allah SWT akan tetap menerima dan menunaikan doa hamba-hambaNya walaupun tidak secara terus atau mengambil masa yang lama.

Rasulullah SAW pernah berpesan,

‘Akan dikabulkan doa seseorang daripada kamu selagi dia tidak gopoh dengan tuhan’.


Ketika ditanya berkaitan gopoh, baginda bersabda,

‘(iaitu) Orang yang berkata – Aku sudah berdoa dan berdoa, tetapi tidak dimakbulkan lagi oleh Allah SWT!’


"BerDOAlah, bagai diri ini akan mati esok hari,

Bekerjalah, bagai diri ini akan hidup selamanya..."

sumber: http://assubhu-bada.blogspot.com/2008_08_01_archive.html
by: cahaya petunjuk

No comments:

Post a Comment