Seindah Cinta Arika
Pejam celik pejam celik, tanpa sedar befitu cepat masa berlalu. Arika akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya yang memakan masa hampir 3 tahun. Segala penat lelah dan usaha gigih bergelar pelajar IPT tidak akan dilupakan. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang berada di situ. Kini, hanya menunggu masa untuk dianugerahkan segulung ijazah bagi melengkapkan lagi pengajiannya. ‘Arika..Arika..bangun sayang..dah tengahari ni’, Datin Maria mengejutkan anak gadis kesayangannya dengan penuh manja. ‘Ermmmm…awal lagi la mama…5 more minutes ok. Please….’. Arika bersuara malas. ‘Ish.ish..ish…anak mama sorang ni..manja sangat. Umur dah mencecah 23 tahun, tapi perangai macam budak-budak. Haa, nanti dah berkahwin macam manalah agaknya,’.Datin Maria merungut seketika. Tidak dinafikan, dia sangat memanjakan Arika. Maklumlah, dialah satu-satunya permata hati hasil perkahwinannya dengan Dato Azmil. Segala kemahuan dan permintaan Arika tidak pernah dihampakan. Pasti akan ditunaikan dengan kadar yang segera. Alahamdulillah, walaupun dimanjakan, Arika tidak pernah sekalipun mengambil kesempatan di atas kebaikan kedua-dua orang tuanya. Cuma, kadang-kadang terlintas perasaan risau di hatinya. Memikirkan umur yang semakin lanjut, dia bimbang Arika tidak dapat hidup berdikari. Selama hampir 23 tahun, hidup Arika dijaga rapi seperti menjaga tuan puteri. Tanpa disedari Datin Maria, manic-manik halus mula membasahi pipinya yang masih licin bak anak dara persisnya. Kasih sayangnya terhadap Arika terlalu melimpah hingga tidak sanggup untuk menerima kenyataan sekiranya puteri kesayangannya dilukai walau sedikit pun.
‘Mama..mama…mama kenapa ni? Kenapa mama menangis? Arika ada buat mama terasa hati ke?...Mama….maafkan Arika kalau Arika ada buat salah kat mama’, Arika memeluk erat mamanya. Titisan air mata yang jatuh berjurai turut jatuh menimpa lengan Arika. Kehangatannya membuatkan Arika terjaga dan menyedari mamanya sedang menangis. ‘Arika tidak buat salah sayang…Arika anak mama dan papa yang sangat baik.. Mama dan papa sayang sangat dengan Arika. Sayang jangan risau, mama okey jer..’, Datin Maria bersuara lembut sambil membalas pelukan Arika. .
‘Arika, petang ni mama hendak pergi shopping. Arika nak ikut sekali tak?’, ujar Datin Maria. ‘Shopping??? Mestilah nak mama…hehe..tapi mama belanja tau. Arika pun dah lama tak shopping’, Arika melonjak kegembiraan. ‘ Ye lah..ye lah..mama belanja. Mama tahu anak mama ni mane ada duit lagi, kerja pun belum dapat lagi’, Datin Maria membalas. ‘Yes! Sayang mama..okeylah mama, Arika nak mandi dan bersiap dulu. Then kita enjoy!!!!!!’, Arika bangun lantas mencium pipi mamanya dan terus berlari menuju ke bilik air. ‘Ish budak ni, dahla belum mandi cium pipi kita pulak’, Datin Maria menggeleng-geleng kepala melihat telah anak gadisnya.
*************************************************************************************************
Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut pipi Arika. Rambutnya yang panjang dan lurus melambai-lambai mengikut arah tiupan angin. Kecantikan yang diwarisi dari Datin Maria menambat hati sesiapa yang memandang. Ditambah pula dengan tubuhnya yang tinggi lampai. Cukup ringkas mengenakan jeans polos dan blous berbunga kecil. Wajah yang cukup cantik bertanbah manis dengan sapuan bedak dan secalit lips gloss. Bertuahnya Datin Maria dan Dato Azmil memiliki puteri secantik Arika. Tiba-tiba…’Arika!!!!!!’, Nina muncul dan memanggil kuat nama Arika.’Ish, kau ni kan Nina perangai tidak pernah berubah. Nasib baik aku bebas sakit jantung. Kalu tidak..huhu..’ Arika membalas sambil mencubit lengan Nina. ‘Ala..la..tuan puteri dah marah. Hehehe…itula kau, aku datang pun kau tidak perasan. Entah apa yang dikhayalkannya. ‘Eh, hallo….aku tidak berkahayal macam kau, aku kan tengah tunggu kau. Anyway, kau apa khabar? Lama kita tidak berjumpa kan? Selepas konvokesyen hari tu, kita tak pernah berjumpa kan? Aku rindu sangat kat kau Nina’. Arika lantas memeluk Nina. ‘ Aku sihat jer, still macam dulu. Aku pun rindu sangat kau Rika’. Kedua-duanya berpeluk erat melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.
Arika dan Nina berjalan seiringan. Gelak tawa dan gurau senda tidak henti-henti seolah-olah hanya mereka berdua sahaja di situ. Restoran Seri Menanti menjadi pilihan kedua-duanya untuk menjamu selera. Keindahan susun atur perabot yang serba ringkas menarik hati Arika dan Nina. ‘Selamat datang cik, nak minum nak makan..macam-macam ada’, ujar pelayan restoran dengan penuh mesra. ‘ Ermm..bagi saya fresh orage dan char kuew tiaw special’. Arika bersuara lantas tersenyum. ‘Ermm..bagi saya watermelon jus dan mee hailam special, okey itu saja’. Nina memulangkan buku menu kepada pelayan tersebut. 15 minit kemudian, kelihatan kelibat pelayan membawa dulang menuju ke meja Arika dan Nina. Tanpa bercakap panjang, makanan terus dihidangkan. ‘ Terima kasih,’ Arika dan Nina bersuara serentak. Aroma char kuew tiaw dan mee hailam menusuk ke hidung dan memanggil-manggil untuk disuapkan. Usai membaca doa makan, kedua-duanya terus menjamu selera. Suasana sepi menyelubungi seketika. Kalau tadi mulut Arika dan Nina seperti bertih jagung, kini kedua-duanya sedang asyik menikmati kelazatan hidangan. Keenakan masakan di restoran Sri Menanti tidak dapat dipertikaikan lagi. Tidak hairanlah ramai pengunjung bertandang tanpa mengira waktu. Harganya yang berpatutan juga menjadi daya tarikan pengunjug di samping dekorasi dan layanan yang bertaraf 5 bintang.
‘Ergh…..alhamdulillah…opps..sorry’. Kedengaran sendawa yang agak kuat dari Nina.’Ish, sopanlah sikit makcik oi,’Arika menegur Nina. ‘Err…sorryla.aku tak sengaja, kenyang sangat’, Nina menjawab.’Ermm…ye lah..ye lah..cik Nina oi…lain kali tutup mulut tu tau,’ ujar Arika.’ Nina tersenyum lantas menyambung perbualannya dengan Arikan tadi. Pertemuan dua orang sahabat berlanjutan sehingga tanpa sedar matahari hilang di ufuk timur. ‘Eh, dah malam lah, aku rasa aku kena balik lah Arika’, Nina bersuara mematikan perbualan yang sedang rancak. ‘Aku hantar kau balik okey’, Arika menjawab. ‘Ala..takpelah..aku naik teksi jer, lagipun kau pun nnak baik juga kan’, Nina menolak pelawaan Arika.’ Erm..ala takde masalah punya..aku boleh hantar kau dulu, then aku balik lah..okey tak?’, Arika tetap berkeras hati untuk menghantar Nina balik. Akhirnya, Nina akur dan membenarkan untuk membenarkan Arika menghantarnya pulang. Selesai menjelaskan bil, kedua-duanya terus beredar meninggalkan keindahan restoran Sri Menanti yang semakin ramai pengunjungnya.
*************************************************************************************************
cetusan idea oleh ; mis'z fieda
* kisah selanjutnya akan disambung kemudian.
No comments:
Post a Comment