Bismillahirrahmanirrahim
Tuesday, June 22, 2010
6 SIFAT...
1) YAKIN dengan kalimah lailahaillallah
2) Solat khusyuk dan khuduk
3) Ilmu dan Zikir
4) Ikram muslimin
5) ikhlas niat
6)Dakwah dan mujahadah di jalan Allah
Fikirkanlah....
amalkanlah........
by: ruslina(ummu assrar)
Monday, June 21, 2010
UPSR, PMR mungkin dimansuh...
MUAR - Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam.
dipetik dari:
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.
dipetik dari: http://cvtampang.tripod.com/id21.html
by:faradibana
Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
dIpEtIk DaRi:
http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah3.htm
bY: FaRAdIbAnA
SeLaMaT Pg seMuA...
Kunci oh kunci....
Then, yang menbuatkan aku terkilan bila aku call beberapa orang pekerja kolej malangnya tidak berjawab. Setahu kami, peraturannya selagi belum pukul 12 tgh malam kami boleh meminta bantuan..Tapi entahla... Kredit habis, panggilan demi panggilan tidak dijawab, mesej pun x berbalas... Sampai aku call sorang pekerja ni, rupanya dah 3 bulan berhenti kerja.. Kalian bayangkan orang yang sepatutnya bertanggungjawab x sudi nak jawab panggilan aku. Pekerja yang dah berhenti kerja tadi walaupun dah berhenti masih tetap sudi jawab panggilan. Yang lain sampai berbelas kali call x jawab...Entahlah...macam-macam yang aku fikirkan..
Masa terus berlalu, aku pun dah x tahan dan pergilah mandi nak bersihkan badan.Kebetulan aku belum menunaikan solat Isyak. Kemudian aku pun solatlah..Sewaktu menunaikan solat, hati x henti2 memohon petunjuk dari Allah..dan dipermudahkan urusanku oleh-Nya. Aku bermohon agar dapat masuk bilik malam ni..Alahamdulillah..mungkin berkat daripada solat Isyak yang dilakukan tadi, tepat jam 12.30 tgh malam x semena-mena kawanku ternampak kunciku di bawah laptopnya.. Yang pelik tadi aku dah cari sampai ceruk katil, tapi x jumpa juga kunci bilik aku.. Mungkin Allah hendak menguji aku sekejap.Sejauh mana aku menghadapi ujian yang diberikan walaupun kecil...
Di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa seronoknya dapat jumpa kunci bilik aku balik..Cuma aku agak kesal dengan sikap sesetengah orang yang begitu susah hendak menjawab panggilan walau terpaksa diasak berkali-kali.. Aku mula beristighfar,...cuba berfikir lebih positif. Kemungkinan mereka ada hal yang menghalang sampai x dapat hendak menjawab panggilanku...
Pengajarannya di sini, simpanlah kunci elok2..Letaklah ditempat yang terbuka..Kadang-kadang kita terlepas pandang.. Apa pun, di sebalik kejadian yang menimpa aku tadi, rupanya ada hikmah disebaliknya..Subhanallah... Wllahua'lam..
by: Mis'z fieda
Sunday, June 20, 2010
terdetik di fikiranku....
~to saudaraku,muslimah hiasan dunia..aku mlihat hari ini,maruah yg mjadi amanah+mahkota itu bagai dijaja di lorong zina.murah sekali! pinta ku pd kalian,kmbali btaubat,kmbali mnagih kasih Allah..jgn hnya mharap ksenangn dunia,hingga tcicir akhiratmu..sesungguhnya,pciptaan kta adalah stinggi2 drjat,tlg jgn rendahkannya!
~to saudaraku,muslimin hrpn agama..lindungilah kami umpama kalian mlindungi diri sndiri.ssungguhnya hati kami rapuh bgai kaca,jgn dihempas!
sama2 kta pbaiki hubungn dgn Allah,kuatkan hati mnolak ajakan duniawi yg akan mbunuh jiwa kta dlm diam..
bertemu kembali rahsia di sebalik tabir uncang emas...
rasa terharu tidak terhingga dengan soalan yg kami berikan sudah terjawab oleh group molamola...terima kasih molamola.anda memang betul2 menitikberatkan soal ilmu ini agr dijadikan panduan masa hadapan...insya'allah....semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya...amin:)
uji minda yg ke-3 (cz pertama n kedua sudah dijawab....syukur alhamdulillah ada yg membantu)
1amalan plagiat semakin mudah dengan adanya internet..bagaimana??
2. cara/teknik TM bantu pencarian maklumat?
3. 3bentuk jenayah secara siber?
4. akta yg berkaitan dgn penulisan dan penerbtan..dan bg cth setiap akta yg diberi...bg la 5akta..?
5. kes tersebut berkaitan dengan akta:???
i. menghina dan mencabar:
ii. pengharaman buku:
iii. dokumen rahsia kerajaan:
iv. kontrak antara penulis dan penerbit:
v. kebebasan menulis di dunia tanpa sempadan:
uji minda yg ke -4..(bg jwpn ringkas,agr mudah ingat..)
1. bincang kebaikan dan keburukan blog dan soal etika dlm penulisan?
2. bgaimna blog dpt mainkan peranan sbg penulis yg beretika?
3. internet bawa implikasi/kebaikan dan keburukan kpd seseorang penulis.bincangkan.
4. undang2 siber yg telah digubal dlm menangani salah laku dlm internet..dan bagaimana cth pelaksanaannya???
5. bagaimana komputer &internet membantu dalam kemahiran menulis?
uji minda yg ke-5..(bg jwpn yg ringkas agr mudah ingat)
1. bagaimana langkah carian maklumat?
2. terangkan usaha pencarian maklumat@teknik?
3. bagaimana kerajaan berusaha membendung dgn menggubal akta dlm pelaksanaan undang2 siber?apakah senario yg berlaku sekarang?
4. apakah jenis enjin carian yg kita boleh dapat?/atau yg telah kita pelajari?
by: cahaya petunjuk
sumber: hasil kajian oleh group kumpulan kami dlm menggubal soalan..hehe...biarlah rahsia...
inilah dia yg dinamakan uncang emas....macam-macam ada...
tamat la sudah sesi penyoalan kita...then next time,before exam, kami akan rumuskan apa yg telah anda dapat hasil dari kajian ini...hehe
Kenali Warna Yang Sesuai Dengan Kulit Anda
Tahukah anda apakah warna kulit anda? Pernahkan terlintas difikiran anda apakah warna yang sesuai untuk kulit anda? Kalau hendak lebih kepastian tentang warna yang sesuai dengan kulit anda...teruskan membaca apa yang akan saya paparkan..
Kalau salah pilih warna???
- kulit kelihatan kusam
- lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap.
- hilang keyakinan
- tidak ceria dan kurang semangat
- pipi kelihatan lebih tembam
Merah: kalau mood x okey, baik jangan pakai. Nanti bertambah x okey.
Merah jambu: Sesuai untuk bersantai.
Kuning: Untuk keceriaan dan inginkan kelainan. Tapi hati hati jangan sesuka hati memadankan aksesori kerana jika tersilap akan kelihatan hodoh.
Ungu: Menggambarkan personaliti aktif, dominan dan bijaksana.
Hijau: Menggambarkan ketenangan. Boleh mendatangkan keyakinan. Menunjukkan jiwa yang sabar, dan tenang menghadapi apa jua situasi.
Oren: Sesuai dipadankan dengan warna lembut kerana beri kesan menarik. Warna oren memberi semangat, mudah mesra, dan sentiasa ceria.
Biru: Sesuai untuk semua jenis dan boleh dipakai untuk majlis formal atau tidak. Biru satu warna yang lengkap dan mudah digayakan.
Pemilihan warna mendatangkan kehidupan yang lebih ceria kerana warna yang sesuai memainkan peranan yang penting dalam pembentukan 'mood' dan emosi seseorang...
Hingga berjumpa lagi di lain waktu dengan pelbagai lagi info yang menarik..
ditulis oleh: mis'z fieda