Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Monday, June 21, 2010

Kunci oh kunci....

19/6/2010 lebih kurang pukul 10.30 malam...aku menjadi tidak tentu arah sebab kunci bilikku tertinggal dalam bilik..Memang risau yang teramat risaula aku...dahla dengan keadaan belum mandinya..kunci pulak lupa kat bilik..Gara-gara seronok nak makan, sampai kunci lupa..Nak dijadikan cerita aku pun cuba-cuba la buka pintu bilik nie..macam- macam gaya pun ada..Sampai jiran bilik sebelah tolong jugak..Ermm..tapi hampeh kedaun, semua x dapat.. Tangan aku pula dah sakit-sakit kerana tumbuk pintu..(hehe..tambahan jer)..Huhu..last2 aku cuba tendang..adehhh..apalah daya perempuan..x makan saman langsung..jangan kan nak terbuka pintu tu, gerak pun x..Ermm..malangnya nasib..

Then, yang menbuatkan aku terkilan bila aku call beberapa orang pekerja kolej malangnya tidak berjawab. Setahu kami, peraturannya selagi belum pukul 12 tgh malam kami boleh meminta bantuan..Tapi entahla... Kredit habis, panggilan demi panggilan tidak dijawab, mesej pun x berbalas... Sampai aku call sorang pekerja ni, rupanya dah 3 bulan berhenti kerja.. Kalian bayangkan orang yang sepatutnya bertanggungjawab x sudi nak jawab panggilan aku. Pekerja yang dah berhenti kerja tadi walaupun dah berhenti masih tetap sudi jawab panggilan. Yang lain sampai berbelas kali call x jawab...Entahlah...macam-macam yang aku fikirkan..

Masa terus berlalu, aku pun dah x tahan dan pergilah mandi nak bersihkan badan.Kebetulan aku belum menunaikan solat Isyak. Kemudian aku pun solatlah..Sewaktu menunaikan solat, hati x henti2 memohon petunjuk dari Allah..dan dipermudahkan urusanku oleh-Nya. Aku bermohon agar dapat masuk bilik malam ni..Alahamdulillah..mungkin berkat daripada solat Isyak yang dilakukan tadi, tepat jam 12.30 tgh malam x semena-mena kawanku ternampak kunciku di bawah laptopnya.. Yang pelik tadi aku dah cari sampai ceruk katil, tapi x jumpa juga kunci bilik aku.. Mungkin Allah hendak menguji aku sekejap.Sejauh mana aku menghadapi ujian yang diberikan walaupun kecil...

Di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa seronoknya dapat jumpa kunci bilik aku balik..Cuma aku agak kesal dengan sikap sesetengah orang yang begitu susah hendak menjawab panggilan walau terpaksa diasak berkali-kali.. Aku mula beristighfar,...cuba berfikir lebih positif. Kemungkinan mereka ada hal yang menghalang sampai x dapat hendak menjawab panggilanku...

Pengajarannya di sini, simpanlah kunci elok2..Letaklah ditempat yang terbuka..Kadang-kadang kita terlepas pandang.. Apa pun, di sebalik kejadian yang menimpa aku tadi, rupanya ada hikmah disebaliknya..Subhanallah... Wllahua'lam..

by: Mis'z fieda

1 comment: