Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Wednesday, June 16, 2010

Awas!!!! kandungan bahan perosak kulit wajah.

· Sebagai makluman kepada pembaca, ini adalah usaha pendidikan dan kesedaran dalam kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan di bawah Akta racun 1952.


Panduan:

HYDROQUINONE

- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.

Kesan sampingan hydroquinone

- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.

- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

·

TRETINOIN

- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)

kesan sampingan tretinoin

- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

· Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya, diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, KKM, Mohd Hatta Ahmad.

· Bukan sekali, tetapi dalam tempoh kira-kira 3 tahun, premis ini pernah diserbu dua kali sebelumnya.

· Produk yang dipasarkan, memang mendapat sambutan, malah serbuan dan rampasan sebelum ini tidak mampu untuk menghentikan penjualan produk ini yang diubah sedikit kepada namanya setelah produk sebelumnya dirampas.

·
Rampasan sebelumnya setelah ujian makmal mengesahkan, produk ini mengandungi hidroquinone.

Dan kali ini, dua produk dirampas:

1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.

· Dan dalam serbuan kedua di sebuah premis

· Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, apa yang difikirkan langsung tidak mencermin nama itu sendiri.

· Produk De'Putih sebenarnya adalah produk yang diimport terus dari Filipina sebagaimana juga tertera pada kotak pembungkusannya.

· Syarikat di Bandar Pinggiran Subang ini hanyalah pengedar, dan kepada pengguna, menggambarkan seolah-olah syarikat terbabit yang membuat produk itu.

Mereka sebenarnya hanya menerima barangan dari kilang Goldwin Manufacturing Lab. Corp, Filipina, dan memasarkannya di sini. Pada kotaknya, mendakwa sebagai 'mencerahkan dan mengatasi masalah kulit anda'. De Putih Night Cream dikesan mengandungi tretinoin - yang mana tretinoin bukanlah untuk mencerahkan kulit, tetapi digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris) atas perskripsi doktor.Kepada pengguna yang peka, banyak yang boleh dipertikaikan atau diberi perhatian apabila membaca label pada kotaknya.

- Tertera logo halal (yang tidak diiktiraf), tetapi dikilangkan di Filipina. Apakah jaminan pengeluar logo halal swasta itu, yang ia juga melakukan pemeriksaan di kilang di Filipina itu?

- Kandungannya juga ditulis mengandungi cetyl alcohol.

- Terdapat ayat melucukan - ' Sila dapat nasihat pakar sebelum mengguna.' Jika kena nasihat pakar sebelum gunakannya, apa guna kita membelinya?...


- Sebenarnya, syarikat ini tiada kaitan langsung dengan Melayu, tetapi nama digunakan adalah berunsur kemelayuan.

- Nampaknya syarikat ini mengetahui akan bahaya hydroquinone, jadi dicetak bahawa produk ini tiada bahan itu. Malangnya, produk ini mengandungi tretinoin...

- Dakwaan bahawa ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM juga, adalah palsu. Tiada sebarang rekod pada KKM, syarikat ini memohon kelulusan KKM.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dua lagi produk ialah:

1- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin

2 - Di dalam Set Produk Shadira:

- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin

- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin

===================================================

Kesan jangka panjang penggunaan produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah wanita, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerahan selepas memakainya.

Sedarlah kaum wanita agar tidak terlalu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

======================================================================

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) : 03-7883 8549 / 5551
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : 03-7841 3200/ 3215
atau emel pharmacy1@moh.gov.my

disebarkan oleh: mis'z fieda



No comments:

Post a Comment