Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kejadian bencana, malapetaka, peperangan, kes jenayah mahupun serangan penyakit pandemik begitu rancak berlaku di sana sini seluruh dunia.
Apakah itu tanda-tanda kiamat sudah dekat? Benarkah ramalan kiamat berlaku pada 2012 Melihat musibah berlaku kepada makhluk di muka bumi ini, antara kejadian yang paling terkesan di hati manusia apabila kejadian Tsunami yang meragut lebih 180,000 nyawa dari Sumatera Utara,selatan Asia, Thailand dan Malaysia berlaku pada 2004. Dentuman gempa bumi sebesar 9.0 skala Richter menghasilkan ketinggian ombak mencapai 10 meter.
Pada 30 September 2009, satu lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan apabila berlaku gempa bumi di Padang, Suma tera Barat. Dengan kekuatan gegaran 7.9 skala Richter, kerajaan Indonesia melaporkan seramai 1,115 kematian, 1,214 cedera parah dan 1,688 cedera ringan. Anggaran lebih 1.25 juta orang dari 250,000 keluarga yang terlibat dalam kejadian gempa tersebut kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan.
Malaysia turut terkena tempias gempa bumi berkenaan dengan beberapa bangunan di Kuala Lumpur serta Johor Bharu merasai gegaran beberapa minit. Manakala 47 bangunan telah diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor di sekiar Cyberjaya apabila dilaporkan mengalami keretakan.
Pada 8 November lalu, kita dikejutkan lagi dengan kejadian taufan Ida meragut 42 nyawa di El Salvador. Reuters melaporkan Menteri dalam negeri tersebut, Humberto Centeno berkata, dijangkakan lebih ramai mangsa akan ditemui selepas kerja penyelamatan dilakukan ke kawasan yang terputus hubungan akibat tanah runtuh di rantau Tengah Amerika. Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) memberitahu ribut tropika Ida bertukar menjadi taufan apabila kelajuannya anginnya mencapai 119 kilometer sejam.
Melalui pelbagai peristiwa yang berlaku, ia mengingatkan kita kepada sebuah hadis iaitu Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam (SAW) bersabda yang bermaksud, “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan.” (Shahih Bukhari)
by:faradibana
dipetik dari:http://www.majalah.iluvislam.com/
No comments:
Post a Comment