Setiap yang hidup pasti merasai mati...begitulah akan terjadi pada saya, anda dan sesiapa sahaja apabila tiba masanya..Firman Allah s.wt, Apabila tiba masa(ajal) seseorang, tidak akan diawalkan dan dilewatkan walau sesaat.
Sebelum kita menempuhi saat tersebut, persiapkanlah diri kita untuk bekalan di alam sana..Dunia adalah darul imtihan, tempat kita bercucuk tanam, disana nanti kita tuai hasilnya..adakah ada hasil atau sebaliknya..Terdapat sebuah hadis sahih yang berbunyi: apabila terputus nyawa anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 PERKARA iaitu AMAL JARIAH YANG DILAKUKAN SEMASA HIDUPNYA, ILMU YANG DIMANFAATKAN KEPADA ORANG LAIN DAN DOA ANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA.
Maka, daripada hadis tersebut, marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkannya..
AMAL JARIAH- Murahkanlah hati kita untuk bersedekah walaupun hanya 50sen tetapi ikhlas. kalau pun hati rasa tak ikhlas, paksalah diri untuk bersedekah juga..kerana Insya-allah, Allah akan bukakan hati untuk ikhlas suatu hari nanti.
ILMU YG BERMANFAAT- Tidak rugi rasanya kalau kita berkongsi ilmu dengan orang lain..ilmu bukan seperti wang, makin banyak digunakan, makin habis,,tapi kalau ilmu, makin banyak digunakan, maka makin bertambah..kalau tak percaya..cubalah..Rasulullah saw bersabda, sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.
DOA ANAK YG SOLEH-Sebelum kita mahu dapatkan anak yang soleh, hendaklah kita solehkan diri kita dulu..kesolehan diri kita mestilah merangkumi semua aspek, menjaga keberkatan hidup, keberkatan rezeki, keberkatan ilmu, keberkatan dalam perkahwinan..maka akan lahirlah anak yang soleh..Apabila kita menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kita, mendoakan ibu bapa kita, maka berdoalah agar anak kita juga menjadi anak soleh yang mendoakan kita setelah kita tiada..kerana doa anak soleh akan dimakbulkan oleh Allah..
Sahabat-sahabat sekalian, saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat, berubahlah mulai hari ini, sekarang...bukan hati berkata esoklah, nantilah, lainkalilah, dan bermacam-macam alasan lagi...masa tidak menunggu kita. kita tidak mahu menyesal dikemudian hari..FIKIRKANLAH..
SAMA MEMPERINGATI: RUSLINA (UMMU ASSRAR)
kak ruslina dah ada anak,,,leh r dia berpengalaman...hehehe....mesti bahagia kn ble dah berkeluarga..bersama yg tersayang....huhu...
ReplyDeletedoa anak yg soleh n solehah yer ruslina...hehe