Bismillahirrahmanirrahim
Tuesday, May 25, 2010
Kisah Hidupku..
Assalamualaikum....dan ahlan wasahlan....
"Apa kabar kitak semua??"....kamek dari Sarawak...
alhamdulillah...saya rasa sangat bersyukur kepada Allah...di atas kurniaan-Nya ..kerana telah mengurniakan nikmat sihat kepada saya.. Ermm...tentunya kalian semua telah melihat, membaca dan mengetahui latar belakang tiga sahabat saya yang duduk dalam satu "Uncang Emas" dengan saya.... Sekarang, tibalah saat untuk saya mencoretkan sedikit sebanyak tentang diri saya.....
Kisah hidupku bermula di sini.....
Tanggal 11 April 1984...di sebuah hospital di Sarawak...lahirlah seorang bayi perempuan yang sangat comel (huhu..terperasan sekejap)...Saat itu dapatku bayangkan...betapa gembiranya emak dan ayahku kerana baru sahaja dikurniakan oleh Allah..seorang lagi anak perempuan....Dan bayi perempuan yang sangat comel itu adalah aku...yang sekarang nie..dah pun 26 tahun...Ayahku sangat mengkagumi Dato Sri Rafidah Aziz..yang pada masa itu kalau x silap salah seorang menteri yang terkenal di Malaysia..Akhirnya..tercetuslah ide untuk memberikan aku nama Rafidah.....walaupun nama ini agak ringkas..tapi ia bermakna bagiku...
Ayahku bernama Sitam bin hj Eden...dah bersara...bekas seorang guru bahasa Inggeris....Emak pula bernama Meluyah binti Akasah.. seorang surirumah, tapi buat pernigaan kuih-muih secara kecil-kecilan..Sambal nasi lemak yang emakku buat..memang sedap...sehingga menjilat pinggan...Aku anak ke 9 daripada 11 orang adik beradik..aku anak perempuan yang bongsu...ada 2 orang lagi adik yang macho-macho....hehe...Aku ada 4 orang kakak dan 4 orang abang..semua sudah berkahwin....dan sampai hari ini..anak saudaraku ada 16 orang..fuhh..ramainyer....
Aku seorang yang agak cerewet, degil, sensitif dan kadangkala boleh bertindak di luar kawalan...Opss..jangan salah anggap kawan-kawan..luar kawalan yang tidak melampau-lampau lah....Hobi aku ialah suka mencari tempat makan dan mencuba pelbagai jenis makanan..Kalau ada masa aku masak..aku suka memasak..Dan makanan kegemaranku semestinya.."laksa sarawak"....sedap....
Pendidikan awalku bermula di TADIKA Abg Man Simunjan...kemudian aku masuk darjah satu sehingga darjah enam di SRK Sebuyau Ensengei....Alahamdulillah...aku dapat keputusan UPSR 3A 1B..dan aku pun diterima masuk ke SMKA Sheikh hj Othman Abd Wahab, Kuching...yang merupakan sebuah sekolah top pada zaman itu..Nasibku tidak berapa baik semasa PMR dan SPM..keputusan pun ala kadar sahaja...Aku berhenti setakat itu..dan bekerja dengan kakakku yang sulong yang mempunyai perniagaan sendiri...Teringat lagi masa tu, aku rasa sangat menyesal kerana ketika sekolah menengah..aku tidak belajar dengan bersungguh-sungguh.....Kadangkala aku ponteng kelas tapi tidakla selalu...terutamanya bahasa Arab...hehe...Namun, beberapa bulan selepas itu, aku pun mendaftarkan diri untuk belajar kemahiran komputer...Kemudian aku menyambung pengajian di peringkat sijil..
(Sijil Pengajian Syariah) di kolej swasta di Kuching...Setelah selesai, aku diterima masuk di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak..dan menyambung pengajian di sana selama tiga tahun.(Diploma Pengajian Islam & Dakwah).Ahamdulillah....aku semakin matang..dan cuba untuk tidak mengulangi perbuatanku di sekolah menengah yang dulu...Perjuanganku tidak berhenti di situ..Setelah tamat diploma, aku menjadi guru sandaran (Guru Pendidikan Khas) di SMK Datu' Patinggi Hj Abd Gapor, Kuching...selama 4 bulan..Dalam masa yang sama kau terpaksa mengambil alih perniagaan kakakku di kantin sekolah tersebut...Bayangkan...sebelah pagi aku memakai "apron"..tengahari sampai petang..aku memegang pen..dan kapur menulis di papan hitam untuk mendidik anak-anak bangsaku...Agak memenatkan..tetapi..aku berasa puas dan seronok dengan kehidupanku ketika itu...Dan akhirnya pada tahun 2008...aku berjaya masuk ke UKM...dua kali aku memohon untuk masuk ke IPTA...kali kedua baru berjaya...
Sekarang..kehidupanku yang suatu masa dulu...berubah..aku sudah bergelar mahasiswa/mahasiswi UKM....dah tahun kedua aku di sini...Insyaallah..semoga perjalanan perjuanganku di sini sentiasa lancar..dan dipermudahkan oleh-Nya...Aku berharap aku dapat menghabiskan pengajianku..dan mendapat pekerjaan yang elok..kerana aku ingin mengubah nasib keluargaku...
..................................................................
Itulah tadi...serba sedikit kisah tentang hidup saya....InsyaAllah...ada kelapangan dan dipanjangkan umur..kita bertemu lagi dalam nukilan saya yang akan datang...
Wallahua'lam....
nukilan oleh: mis'z fieda (A122229)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment