Assalamualaikum..dan salam sejahtera...
Bersua kembali..di laman..." Rahsia Di sebalik Uncang Emas"...
Jika ada yang telah membaca blog kumpulan kami...pastinya ingin mengetahui..kenapa agaknya nama "Uncang emas" yang menjadi pilihan kami.....Nak tau rahsianya????...Haaa....nielah salah satu sebabnya..Kandungan.dalam uncang ni..konon-kononnya..mengandungi seribu satu macam benda lah katakan...haa...memangla kami semua bakal-bakal cikgu.tapi...kami juga dukurniakan oleh Allah dengan kelebihan yang lain...seperti memasak, menjahit..dan macam-macamlah...
Jadi, nak dipendekkan cerita, kiranya tu lah sebab mengapa kami pilih nama uncang emas..apa yang ada dalam uncang tu? dahlah diperbuat dari emas....Apa pun, kalau nak kepastian lebih lagi tentang kelebihan uncang emas ni..tunggu....
Okeylah, kali ini, saya ingin berkongsi dengan kalian semua tentang sejenis makanan yang sangatlah popular dan digemari penduduk Sarawak..Dan semestinya makanan ni kegemaran saya juga...Di Sarawak.."laksa sarawak" tidak asing lagi..dan kelazatannya...atau "nyaman" bak kata orang Sarawak..memang tidak terkira..kalau cuba sekali..pastinya hendak lagi...Ermm...nak tahu bagaimana menyediakan "laksa Sarawak" nie?...Haa..senang je..tapi kena la beli perencah laksa tu di Sarawak juga...Jom layan..
"Laksa Sarawak"
Bahan-bahannya:
1 paket perencah laksa sarawak
1 bahagian dada ayam (dibasuh dan direbus hingga masak)
5 biji telur ayam (dibuat telur dadar)
300 gm udang sederhana besar @ udang galah
2 paket mihun
200 gm tauge
500 ml santan pekat
200 ml santan cair
10 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Ayam yang telah direbus tadi, diasing dan carik-carikkan hingga halus.
2. Masukkan perencah laksa ke dalam periuk air rebusan ayam tadi..Untuk hasil yang memuaskan, perencah boleh dikisar hingga halus terlebih dahulu.
3. Kemudian kacau rata, masukkan santan cair dan kacau hingga mendidih. Barulah masukkan santan pekat.
4. Masukkan serbuk garam dan gula secukup rasa.
5. Pastikan kuah dimasak dengan api yang tidak terlalu kuat.
6. Telur dadar yang siap dimasak hendaklah dipotong halus..
7. Mihun, udang dan tauge dicelur dalam air panas dan toskan.
8. Sewaktu hendak menghidang, pastikan limau kasturi dibelah dua dan sediakan sambal belacan untuk dimakan dengan laksa nanti.
Cara membuat sambal belacan:
1. Tumbuk sedikit cili padi.
2. Masukkan sedikit belacan.
3. Masukkan sedikit serbuk perisa, dan perahan air limau kasturi..
* Asingkan bahan-bahan yang telah siap ke dalam bekas yang berlainan.Elakkan mencampurkan kuah laksa terlebih dahulu dengan bahan-bahan tadi sekiranya belum hendak makan.
* Untuk hidangan dalam setiap pinggan, masukkan mihun terlebih dahulu, kemudian ayam, telur, udang, tauge..dan akhir sekali barulah dimasukkan kuah..Jangan lupa, perah limau kasturi dan makanlah dengan sambal belacan...
Selamat mencuba :=)

by: mis'z fieda
No comments:
Post a Comment