Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Tuesday, June 8, 2010

Jom masak-masak bersama Chef Fieda =)

Assalamualaikum.....dan salam Uncang Emas...
Bersua kembali..di laman rahsia-disebalik-uncang-emas...Ermm..macam mana perjalanan kehidupan kalian hari ini? Adakah semuanya okey dan baik-baik sahaja? Apa pun..saya mendoakan kita semua sentiasa dipermudahkan oleh-Nya segala urusan...Aminnn....

Kawan-kawan sekalian...kali ini saya hendak berkongsi satu lagi resipi yang agak popular di tempat saya..Nak tahu apa? Tunggu... Tapi sebelum itu, suka saya menceritakan sedikit informasi berkaitan resipi ini. Sebenarnya, asal usulnya saya kurang pasti.Tapi menurut cerita nenek moyang saya..resipi ini lebih kurang macam "pegedil" la...Mesti kalian semua tahu "pegedil" yang diperbuat daripada kentang...Jadi, resipi yang akan saya paparkan pada kali ini pula diberi nama "kentang goyang"....Haaa...macam mana? Pelik kan nama resipi ni?...Awas..jangan tersalah anggap yer..Ia diberi nama "Kentang Goyang" bukan beerti memasaknya kena goyang badan..Itu hanyalah sekadar nama..

Bahan-bahan "Kentang Goyang"

- 1 1/2 kg kentang
- 300 gm daging lembu(daging cincang)
- 1 mangkuk kecil udang kering
- 3 biji telur ayam
- 2 biji bawang besar
- 7 biji bawang merah
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan ketumbar
- Sedikit minyak masak
- Serbuk garam
- daun saderi

Cara membuatnya:
1. Kentang dibasuh dan direbus hingga masak. (Kulit tidak perlu dibuang). Kemudian, potong kentang yang sudah masak tadi berbentuk kiub.
2. Rebus daging dalam bekas yang berasingan. Apabila empuk, potong halus-halus.
3. Tumbuk halus jintan manis, jintan putih dan ketumbar serta bawang merah.
4. Bawang besar dipotong bulat, manakala daun saderi dimayang halus.
5. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Goreng sehingga naik bau kemudian masukkan udang kering dan daging.
6. Tunggu sehingga daging empuk, barulah masukkan kentang yang telah siap dipotong. Gaul perlahan, masukkan serbuk garam dan bawang besar.
7. Setelah rata, masukkan telur ayam yang telah dikacau terlebih dahulu.
8. Biarkan seketika, kemudian boleh dihidangkan. Sewaktu menghidang, tabur daun saderi di atas "Kentang Goyang" yang telah siap tadi...

=) Selamat mencuba...
oleh: Mis'z Fieda

No comments:

Post a Comment