Bismillahirrahmanirrahim

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum...Selamat datang..Welcome to our page.".KumPulAn UnCang EmAs"..

Monday, June 7, 2010

apa itu Akta Komunikasi dan multimedia...???

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet.

selain itu,, apa yang saya tahu berdasarkan sumber dari internet,mengatakan :

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 (kecuali seksyen 157, 159, 160, 161,162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176, 178, 197 dan 198 [P.U.(B) 128/99]; pada 1 April 2000: seksyen 157, 159, 160, 161, 162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176 dan 178 [P.U.(B) 106/2000]; 1 Mac 2002: seksyen 197 dan 198 [P.U.(B) 66/2002])

created by : cahaya petunjuk

No comments:

Post a Comment