Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulillah..bersyukur pada Allah..dapat lagi kita bersua di laman blog kumpulan Uncang Emas... Ermm..pejam celik pejam celik tanpa sedar cepatnya masa berlalu..Bermacam-macam perkara pelik dan peristiwa berlaku di seluruh dunia...Maklumlah..bumi tempat kita berteduh pun..sudah semakin menjejak ke usia yang sangat tua...Mudah-mudahan kita sentiasa di bawah rahmat dan lindungan-Nya...Insyaallah...
Beralih pada topik yang akan saya kongsikan bersama-sama teman-teman pada kali ini..Seperti yang kita tahu, menulis memang satu perkara yang mudah dilakukan..Yelah, ambil pen @ pensil..tulislah kan..Tapi, kita juga sedar untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik, bermutu dan diterima masyarakat adalah suatu perkara yang amat sukar dilakukan...Saya turut mengalami benda yang sama...entahlah..nak kata tidak minat, minat juga..Saya suka menulis sajak..pantun..gurindam..Pernah terfikir hendak menjadi penulis novel..tapi banyak perkara yang perlu saya pelajari terlebih dahulu...Insyaallah, mungkin satu masa kelak...
Sebelum menulis, saya yakin kita pastinya mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan ilham dan perasaan untuk menulis.. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman..bagaimana caranya saya mendapatkan ilham dan perasaan untuk menulis..Kebiasaanya, sebelum menulis banyak perkara yang akan saya lakukan...Antaranya:
- pastikan bilik saya dalam keadaan yang bersih dan teratur..
- Mandi dan membersihkan badan..
- pastikan bahan-bahan untuk saya menulis semua ada..
- menyediakan secawan nescafe panas terlebih dahulu..(aromanya.cukup menenangkan)
_Dengar muzik..radio era "online" pilihan saya..
Untuk mendapatkan ilham pula:
- saya akan berfikir tentang perkara yang indah-indah belaka..
- telefon dengan orang-orang yang tersayang(mak & ayah)terlebih dahulu..Kadang-kadang, tanpa sedar idea datang sewaktu seronok berbual di telefon..
_ biasanya menunggu lewat malam..pada masa itu, idea datang mencurah-curah la katakan...
Itulah tadi antara cara dan persedian yang saya lakukan untuk mendapatkan "mood" dan juga ilham untuk menulis .. Saya seorang yang gemar menulis sambil mendengar lagu..Dalam masa yang sama saya akan menjelajah internet..Dengan cara itu juga, ilham dan idea boleh muncul... Satu lagi, saya menjadikan teman lelaki saya sebagai inspirasi..Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa, mendengar suaranya cukup memberikan semangat kepada saya..wahh.... :=)
Apa pun cara dan persediaan yang saya lakukan, semuanya adalah atas ketentuan dari Allah SWT..Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha dan bertawakal..Selebihnya..Allah yang tentukan..dan segala ilham dan buah fikiran adalah daripada kurniaan-Nya...
Wallahua'lam....
by: mis'z fieda
No comments:
Post a Comment